Page 26 - pengurusan hem
P. 26
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
Menyediakan laporan dan maklumat yang dikehendaki oleh pejabat dari masa ke
semasa.
Mengelolakan lawatan sambil belajar.
Menjadi ahli jawatankuasa Biasiswa sekolah.
Mengurus permohonan menyambung pelajaran ke pusat-pusat pengajian lain.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
D. JAWATANKUASA KEBAJIKAN PELAJAR
Tugas :
Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :
➢ Pelajar miskin.
➢ Kemalangan.
➢ Rawatan berterusan (penyakit kronik).
➢ Kematian.
➢ Kecemasan/bencana.
➢ Biasiswa/Bantuan.
Mengkaji dan mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan
berdasarkan keutamaan dan keperluan.
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan
keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan
oleh Guru Besar.
Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa.
Dengan kerjasama guru bimbingan kerjaya/kauseling menguruskan segala yang
berhubung dengan kebajikan pelajar.
Mengurus tuntutan/pampasan insuran takaful.

