Page 25 - pengurusan hem
P. 25
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
Mengelolakan program orientasi :
➢ Penerapan budaya sekolah.
➢ Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
Mengelola dan mengurus bilik Unit Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya (UBKK)
secara berkesan.
Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti Unit Bimbingan,
Kaunseling dan Kerjaya (UBKK).
Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan/agensi luar untuk mendapat khidmat
nasihat.
Menjalankan soal-selidik untuk mendapat maklum balas mengenai budaya sekolah
(sampling).
Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah pelajar.
Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah (risiko tinggi).
Mengadakan program khas pencegahan dadah/AIDS.
Guru Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya
Mengumpul maklumat setiap pelajar yang bermasalah.
Membantu pelajar mengatasi masalah peribadi dan pelajaran melalui sesi kaunseling
individu atau kelompok.
Mengelolakan pertandingan yang berkaitan dengan kerjaya.
Mengelolakan ceramah-ceramah, kursus-kursus dan sebagainya yang berkaitan
dengan kerjaya.
Berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada berbagai sumber mengenai peluang-
peluang pelajaran dan kerjaya.
Membantu pihak-pihak lain di sekolah dalam menghadapi keadaan semasa seperti
pihak guru dan lain-lain.
Menghubungi pihak jabatan lain dalam membantu pelajar seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan lain-lain.

