Page 14 - Perfect PBD Sains THN 4 Edisi Guru
P. 14
Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik
Kertas 2
Dalam satu penyiasatan, dua ekor belalang telah diletakkan di bawah tiga buah
gelas yang berlainan saiz. Keputusan penyiasatan direkodkan dalam Jadual di bawah.
Gelas K L M
Jangka hayat belalang 40 60 80
(minit)
K L M
(a) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan penyiasatan ini.
Belalang di bawah gelas K mati lebih cepat berbanding belalang di bawah
gelas M.
[1 markah]
(b) Nyatakan satu sebab (inferens) berdasarkan jawapan kamu di (a).
Belalang di bawah gelas K mendapat kurang udara berbanding belalang
di bawah gelas M.
[1 markah]
(c) Padankan maklumat dengan pemboleh ubah yang betul dalam penyiasatan
ini.
Maklumat Pemboleh ubah
(i) Jangka hayat belalang Pemboleh ubah dimanipulasi
(ii) Saiz gelas Pemboleh ubah dimalarkan
Pemboleh ubah bergerak balas
[2 markah]
(d) Apakah hipotesis yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
Semakin bertambah saiz gelas / jumlah udara, semakin bertambah jangka
hayat belalang.
[1 markah]
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Unit 01.indd 7 10/2/20 5:05 PM

