Page 15 - Perfect PBD Sains THN 4 Edisi Guru
P. 15

Sains  Tahun 4  Unit 1 Kemahiran Saintifik

                             Praktis
                             Praktis
                                      B
                                        A
                                     K
                                          T
                             Praktis
                             Praktis  KBAT
                             Praktis
            Sekiranya Hani ingin menguji faktor yang mempengaruhi pakaian kering dengan lebih
            cepat,  bagaimanakah  Hani  merancang  penyiasatan  tersebut?  Bantu  Hani  menguji
            hipotesis baharu daripada persoalan yang dicetuskan.
                                 Apakah hubungan antara luas permukaan air
                                  yang terdedah dengan kadar penyejatan?


                                            Merancang eksperimen

              (a)  Mengenal pasti pernyataan masalah:

                   Apakah hubungan antara luas permukaan air yang terdedah dengan kadar
                   penyejatan?

              (b)  Membuat hipotesis:
                   Semakin  besar  luas  permukaan  air  yang  terdedah,  semakin  tinggi  kadar

                   penyejatan.

              (c)  Menentukan pemboleh ubah:
                  (i)   Pemboleh ubah dimalarkan:
                        Isi padu awal air

                  (ii)   Pemboleh ubah dimanipulasi:
                        Luas permukaan bekas
                  (iii)  Pemboleh ubah bergerak balas:
                        Isi padu akhir air


              (d)  Menyenaraikan alat dan bahan
                   Tiga bekas yang berlainan saiz dan 60 ml air

              (e)  Menjalankan eksperimen

                   (i)   Tuang air dengan isi padu yang sama (60 ml) ke dalam tiga bekas yang
                        berlainan saiz
                   (ii)   Letakkan ketiga-tiga bekas tersebut di bawah cahaya matahari

                   (iii)  Rekodkan isi padu akhir air selepas 30 minit









           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               8






     Unit 01.indd   8                                                                                10/2/20   5:05 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20