Page 10 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 10

UNIT

                                                                                     Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat

             1                Sihat Membawa Kebahagiaan





                                                                                            Buku teks ms. 2 – 6


                Kemahiran Mendengar dan Bertutur


         SP 1.1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
         Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, lengkapkan petikan dengan perkataan dan
         rangkai kata yang betul. Sebut perkataan dan rangkai kata tersebut.

                                                                                                         Track 1
                                                 Penjagaan Kebersihan Diri


          Penjagaan kebersihan diri amat penting untuk setiap individu. Namun begitu, isu kebersihan selalu
             dipandang remeh     oleh masyarakat. Tubuh badan ialah     anugerah        Tuhan yang dipinjamkan

          kepada setiap manusia. Dengan itu, kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tubuh badan dengan

          baik.
                 Menjaga kebersihan diri merupakan satu daripada amalan       gaya hidup       sihat. Amalan ini
          wajar dipraktikkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, bangsa, atau agama. Jika asas kebersihan diri tidak

          dijaga, tubuh badan akan mudah dijangkiti penyakit dan seterusnya menjejaskan   urusan kehidupan   kita.

          Misalnya, apabila kita dijangkiti    selesema       , badan akan mula rasa tidak selesa, sukar bernafas,
          deria rasa terjejas, malah tidur juga akan terganggu. Hal ini dapat mengganggu    produktiviti kerja   di
          pejabat atau menjejaskan segala aktiviti harian.

                 Penjagaan kebersihan diri amat penting kepada setiap individu. Antara kepentingannya termasuklah

          kebersihan diri sebahagian daripada tuntutan sesetengah         agama         . Selain itu, kebersihan
          diri dapat menjadi       lambang         sifat disiplin diri seseorang. Penjagaan kebersihan diri juga dapat
          mengurangkan risiko    jangkitan penyakit  . Penjagaan penampilan diri dapat membina keyakinan diri

          untuk bergaul dan berdepan dengan masyarakat. Akhir sekali, penjagaan kebersihan diri dapat mewujudkan
               keharmonian       keluarga dan masyarakat.

















               Meningkatkan         Menonjolkan imej yang       Dapat menghindari            Mewujudkan
              produktiviti diri             menarik                  penyakit           keharmonian keluarga







          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6             1                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Unit 01 to 05.indd   1                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15