Page 14 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 14

UNIT

                                                                                   Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Unit 3
                                                                                     Tema 2: Beringat supaya Selamat
            3                            Sayangi Nyawa Anda





                                                                                           Buku teks ms. 14 – 18



                Kemahiran Membaca

         SP 2.2.1 Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
         Baca petikan di bawah ini. Kemudian, berikan makna perkataan yang berhuruf tebal dengan merujuk
         kamus.

           Kes seorang remaja perempuan yang membunuh diri setelah mendapat undian sebanyak 69 peratus untuk
           mati melalui laman sosial telah menggemparkan negara. Jika kita lebih memahami dan mengenali gejala
           kemurungan, kita mungkin mampu untuk membantu dan menyelamatkan mangsa.
                Golongan muda lazimnya banyak mengalami perubahan dari aspek fizikal dan emosi ketika menempuh
           alam remaja. Tambahan pula, kesibukan ibu bapa bekerja menyebabkan anak-anak berasa kesunyian dan
           tersisih. Seterusnya, sukatan pelajaran yang semakin mencabar dan harapan yang tinggi daripada ibu bapa
           merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah kemurungan dalam kalangan remaja. Penggunaan
           media sosial secara keterlaluan turut menjadi faktor masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
           terdedah kepada masalah gangguan secara maya. Remaja yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat
           seperti bersukan dan bersosial turut terdedah kepada masalah ini.
                Ibu  bapa, guru,  dan golongan dewasa  sewajarnya lebih  prihatin terhadap  sindrom  kemurungan
           supaya rawatan segera dapat diberikan kepada remaja tersebut. Pelbagai pihak turut disarankan agar
           melaksanakan kempen kesedaran nasional bagi membantu remaja yang mengalami masalah kemurungan.
           Kerajaan juga perlu menyediakan khidmat sokongan emosi selama dua puluh empat jam sehari supaya
           remaja berkenaan dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama para sukarelawan terlatih.



                 Perkataan                                            Makna

                                      perubahan dalam fungsi badan seseorang yang menunjukkan tanda-tanda
             1.  gejala
                                      adanya sesuatu penyakit yang berkaitan

             2.  fizikal              berkenaan dengan badan; jasmani


             3.  emosi                perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain


             4.  tersisih             terasing; terpisah


             5.  maya                 berkaitan dengan komputer dan Internet


             6.  prihatin             mengambil berat atau memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara

                                      kumpulan gejala atau tanda-tanda yang menunjukkan terdapatnya sesuatu
             7.  sindrom
                                      penyakit atau keadaan tertentu

             8.  sukarelawan          orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela






          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6             5                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Unit 01 to 05.indd   5                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19