Page 11 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 11

Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Unit 1
             Kemahiran Menulis


       SP 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks.
      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, nyatakan makna perkataan yang berhuruf tebal dengan
      merujuk kamus. Bina ayat berdasarkan perkataan tersebut.    KBAT  Menganalisis


                                             Pemakanan Seimbang

         Pemakanan seimbang merujuk pengambilan makanan yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan.
         Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.
                Antara kebaikan pemakanan seimbang termasuklah tumbesaran manusia menjadi lebih sempurna
         dari aspek  fizikal. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan menerima semua keperluan zat
         yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat. Kekuatan fizikal ini menjadikan seseorang dapat
         menjalankan tugasnya dengan baik.
                Pemakanan seimbang juga dapat memberikan vitamin yang mencukupi kepada badan. Keperluan
         vitamin yang mencukupi ini menjadikan tubuh manusia lebih berketahanan untuk menghadapi sebarang
         jangkitan penyakit atau tidak mudah jatuh sakit. Kesihatan dikatakan perkara yang sangat penting dalam
         kehidupan seseorang. Dengan itu, amalan pemakanan seimbang mampu mempengaruhi kesihatan dan
         kesejahteraan seseorang.
                Pemakanan seimbang juga mampu mengawal kadar obesiti. Satu daripada aspek utama dalam
         pemakanan seimbang ialah  kuantiti makanan yang kecil tetapi berkhasiat. Pengawalan pemakanan
         sebegitu dapat menjadikan tubuh seseorang tidak terlalu gemuk. Oleh itu, mereka mudah untuk menjalani
         pelbagai aktiviti harian.





           Perkataan                  Makna                                   Contoh Ayat



                          berkenaan dengan badan;            Fizikal Azrul lebih kecil berbanding dengan
        1.  fizikal
                          jasmani                            abangnya.



                          bahan organik yang penting         Haziq mengambil vitamin setiap hari untuk
        2.  vitamin
                          untuk kesihatan badan              mengekalkan kesihatan dirinya.



                                                             Jangkitan kuman pada paru-paru Norseha
        3.  jangkitan     kejadian penyakit yang berjangkit
                                                             beransur sembuh.


                          kegemukan yang disebabkan
        4.  obesiti       terdapatnya lemak yang             Faris menjaga pemakanannya bagi mengelakkan
                                                             masalah obesiti.
                          berlebihan


                          banyaknya; jumlah; bilangan        Qaleesya mengira kuantiti hadiah yang ingin
        5.  kuantiti
                          sesuatu                            diberikan kepada guru-gurunya.



                                                                                                    Praktis Ekstra
                                                                                                    Tema 1


      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                     2            TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6






  Unit 01 to 05.indd   2                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16