Page 12 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 12

UNIT

                                                                                   Bahasa Melayu  Tingkatan 1  Unit 2
                                                                                     Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat
            2                 Amalan Kesejahteraan Hidup





                                                                                           Buku teks ms. 7 – 12


                Kemahiran Membaca


         SP 2.1.2 Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
         Baca pantun di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul serta nada yang sesuai.


                                                Pantun Hidup Sihat


                  Di tepi paya duduk berehat,                       Sebelum makan angkat jemuran,
                       Selepas minum hilang dahaga;                     Bimbang hujan turun menimpa;
                  Amalkan gaya hidup sihat,                         Banyakkan makan sayur-sayuran,
                       Makan minum hendaklah dijaga.                    Buah-buahan jangan pula dilupa.


                  Selepas minum hilang dahaga,                      Bimbang hujan turun menimpa,
                       Terus melihat hasil jualan;                      Diri takut demam sekali;
                  Makan minum hendaklah dijaga,                     Buah-buahan pula jangan dilupa,
                       Makanan berkhasiat jadi amalan.                  Pencuci mulut berkhasiat sekali.


                  Terus melihat hasil jualan,
                       Dibeli rakan untuk si emak;                             Bestari Kata
                  Makanan berkhasiat jadikan amalan,                       •  gaya – cara
                       Elakkan makan makanan berlemak.                     •  berkhasiat – mengandungi atau
                                                                             memberikan khasiat
                                                                           •  jemuran – barang yang dijemur
                  Dibeli rakan untuk si emak,                              •  pencuci mulut – benda manis
                                                                             seperti buah-buahan yang
                       Sebelum makan angkat jemuran;                         dimakan selepas makan nasi
                  Elakkan makan makanan berlemak,                            dan lain-lain
                       Banyakkan makan sayur-sayuran.




















            Pendidikan Sivik : Nilai Bertanggungjawab                                                   IDEA
          •  Murid-murid membincangkan kepentingan menjaga kesihatan.                                    CETUS
          •  Murid-murid mengekspresikan perasaan gembira kerana memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas.





          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6             3                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Unit 01 to 05.indd   3                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17