Page 39 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 39

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         (b)  Tanda antara ke dengan angka
             Sempang diletakkan antara ke dengan angka, contohnya ke-22.
         (c)  Tanda rujukan tahun dengan akhiran -an.
             Sempang diletakkan antara tahun dengan akhiran -an, contohnya tahun 20-an.
         (d)  Tanda antara huruf kecil dengan besar
             (i)  Sempang digunakan apabila kata depannya merupakan huruf bagi nama khas, contohnya
                 anti-Barat, hidayah-Nya, dan hamba-Mu.
             (ii)  Untuk menunjukkan nama khas atau singkatan nama khas, contohnya pro-Amerika.
      3.  Tanda seru
         Tanda seru (!) digunakan pada akhir ayat dan bukannya selepas kata seru.




                            Aduh, sakitnya perutku!     Aduh! sakitnya perutku.
                            Cis, pergi kau dari sini!   Cis! pergi kau dari sini.
 Bab     2

      E   Kesalahan Kosa Kata
      1.  Penggunaan kata ganti nama diri



          Ujian  Bahasa  Melayu akan diadakan pada  Ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari
          hari esok.  Ujian  itu melibatkan semua murid  esok. Ia melibatkan semua murid Tingkatan 5.
          Tingkatan 5.
          Perjumpaan ahli Persatuan Bahasa Melayu  Perjumpaan ahli Persatuan Bahasa Melayu
          akan diadakan pada hari Sabtu.  Perjumpaan  akan  diadakan  pada  hari  Sabtu.  Ia  wajib
          itu wajib dihadiri oleh semua ahli.        dihadiri oleh semua ahli.

      2.  Penggunaan kata bilangan




                     Beberapa orang murid                        Berapa orang murid
                     Kedua-dua orang guru                         Kedua orang guru
              Sesetengah/Setengah-setengah orang                   Setengah orang
                 Pelbagai/Berbagai-bagai acara            Pelbagai acara-acara/Berbagai acara

      3.  Penggunaan kata jamak



                           mereka                                  mereka-mereka
                           manusia                                manusia-manusia
                          masyarakat                            masyarakat-masyarakat

      4.  Penggunaan kata sendi nama
         Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Antara sendi
         nama itu ialah di, ke, dari, daripada, kepada, pada, untuk, dengan, sejak, tentang, sampai, bagi, dan
         sebagainya. Semasa menulis, kata sendi nama perlu dipisahkan daripada frasa nama yang mengikutinya.

       112
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44