Page 42 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 42
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Tip Pemeriksa untuk Skor A
Contoh Soalan dan Jawapan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Di sekolah, anak-anak haruslah dididik tentang kepentingan sungai yang bersih. Semasa
mengajar, guru boleh menyelit kepentingan memelihara kebersihan sungai. Benarlah kata-kata
bijak pandai dahulukala bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jika anak-anak dipupuk
dengan rasa cinta sungai, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan di masa Bab 2
hadapan. Hal ini demikian kerana, generasi muda pada masa ini merupakan penerus legasi
kehidupan pada masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jaga Kebersihan Sungai Tanggungjawab Bersama’, www.sinarharian.com.
my, 3 Disember 2019
Petikan 2
Siapa yang lahir sebelum tahun 1990-an, pastinya mempunyai pengalaman bermain
permainan tradisonal seperti batu seremban dan congkak. Namun begitu, dek pengedaran masa,
proses perbandaran, dan perkembangan teknologi menyebabkan permainan itu kian pupus ditelan
zaman. Sudah tentu senario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan sebahagian
daripada kazanah warisan masyarakat Melayu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dekati Permainan Tradisional’ oleh Nor Asyikin Mat Hayin, www.hmetro.
com.my, 16 Januari 2019
Contoh Jawapan Murid
Petikan 1 Petikan 2
1. mengajar – mengajarkan 1. 1990-an – 1990an
2. memelihara – memulihara 2. batu seremban – Batu Seremban
3. dahulukala – dahulu 3. perbandaran – pembandaran
4. dari – daripada 4. pupus – luput
5. cinta sungai – cinta kepada sungai 5. kazanah – khazanah
6. ini – kini
Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
Murid dapat mengenal pasti perkataan yang salah, iaitu mengajar, namun begitu, murid tidak dapat
membetulkan kesalahan tersebut. Murid sepatutnya memasukkan objek bagi perkataan mengajar
kerana perkataan itu ialah kata kerja transitif. Perkataan sepatutnya ialah mengajar murid.
Murid salah dalam mengenal pasti kesalahan perkataan. Perkataan memelihara sudah betul.
Murid dapat mengenal pasti kesalahan ejaan, cuma pembetulan ejaan tersebut tidak tepat. Murid
sepatutnya menulis perkataan dahulu kala.
115

