Page 41 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 41

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
      2.  Frasa kerja tak transitif
         Frasa kerja tak transitif tidak tepat jika tidak diikuti oleh unsur keterangan. Unsur keterangan boleh
         dibina dengan menggunakan kata sendi nama.
         Contoh:



                               pandang ke luar              pandang luar

                            mimpi pada siang hari          mimpi siang hari
                            berjalan dengan sendiri         berjalan sendiri

      3.  Frasa kerja transitif
         Frasa kerja transitif memerlukan objek yang hadir selepas kata kerja transitif. Objek itu boleh terdiri
         daripada sesuatu benda, perkara, atau tempat.
         Contoh:
 Bab     2



                      membincangkan kesan cuaca      membincangkan tentang kesan cuaca
                             menulis surat                  menulis dalam surat
                           menaiki motosikal                menaiki ke motosikal


      4.  Frasa sendi nama
         Terdapat frasa sendi nama yang wujud selepas kata adjektif. Kesalahan bahasa berlaku jika kata sendi
         nama tidak digunakan. Hal ini mungkin disebabkan anggapan bahawa kata adjektif yang mempunyai
         unsur perasaan hanya memerlukan imbuhan -kan dan tidak perlu meletakkan kata sendi nama.





                              cinta akan negara            cintakan negara

                            suka akan ayam goreng         suka ayam goreng
                           malu untuk bertegur sapa       malu bertegur sapa


      5.  Frasa adjektif
         Contoh:



                         tercantik atau cantik sekali        tercantik sekali

                         terhebat atau hebat sekali          terhebat sekali
                       tercanggih atau canggih sekali       tercanggih sekali







       114
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46