Page 36 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 36

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

        C   Mengenal Pasti Kesalahan Bahasa
        1.  Kesalahan ejaan mengikut keselarasan vokal
           Vokal  terdiri daripada huruf a, e, i, o, dan u. Keselarasan vokal yang lazim berlaku ialah terdapat
           vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata
           praakhir dengan huruf vokal di suku akhir tertutup.
           Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan vokal. Nota panduan ini hanya
           mengemukakan pola-pola keselarasan vokal yang kerap menjadi masalah berdasarkan kesalahan yang
           dilakukan oleh calon.

                Pola Keselarasan Vokal              Betul                   Salah
                         a – i                      kasih                   kaseh
                         a – u                     sarung                  sarong
                      e pepet – i                   pelik                   pelek                   Bab     2
                      e taling – a                  serak                   serak
                      e taling – o                  selok                   siluk
                         i – i                       titik                  titek
                         i – u                      tiruk                   tirok
                      o – e taling                  kole                    kule
                         u – a                      usang                  osang
                         u – i                      buih                    bueh
                         u – u                      puluh                   puloh

            Peringatan
           Keselarasan  vokal di atas digunakan dan dirujuk untuk perkataan bahasa Melayu jati. Bagi kata
           pinjaman daripada bahasa Indonesia, Inggeris, dan Arab, keselarasan vokalnya adalah berbeza dan
           hendaklah dieja seperti yang berikut.
           (a)  Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia
 Kesalahan         Pola keselarasan vokal        Ejaan yang betul           Ejaan yang salah
 Bahasa
                           a – i                      agih                       ageh
                                                      calon                      calun
                           a – o
                                                      lakon                      lakun
                           e – o                     perabot                    perabut
                        e – e taling                gembleng                    gembling
                           u – u                      tuntun                     tunton
                           o – o                      tonton                     tontun

           (b)  Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

                   Pola keselarasan vokal        Ejaan yang betul           Ejaan yang salah
                        a – e taling                  jaket                      jeket
                           a – i                    akademik                   akademek
                           e – o                      atom                       atum



                                                                                           109
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41