Page 35 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 35

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
      2.  Berdasarkan petikan di bawah ini,  bina  enam  ayat  tanya yang lengkap dengan menggunakan kata
         tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf
         condong.

                 Obesiti ialah  masalah kesihatan. Masalah ini semakin berleluasa  dalam kalangan
          masyarakat moden.  Kajian  yang  dilakukan  oleh  Kementerian  Kesihatan  menunjukkan
          bilangan orang dewasa dengan masalah berat badan berlebihan  meningkat daripada 16.6%
          (1.7juta) pada tahun 1996 kepada 27% (4.2juta) pada tahun 2003. Kaji selidik Kesihatan dan
          Morbiditi Kesihatan 2016 telah menunjukkan 33.6% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas
          mempunyai berat badan berlebihan. Orang dewasa yang mempunyai berat badan berlebihan
          tergolong dalam obesiti.


       3.  Berdasarkan petikan di bawah ini. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
         yang dipilih seperti yang berikut:
         Subjek:
 Bab     2
         Predikat:

                 Keterampilan diri ialah tunjang untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui
          aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Fokus tunjang ini supaya murid dapat mengenali dan
          menguruskan  emosi  sendiri  dengan  baik.  Di  samping  itu,  murid  juga  akan  belajar  cara
          untuk menerima  dan  mendengar  pandangan orang lain  dalam  meningkatkan  kemahiran
          komunikasi mereka. Murid juga perlu mengetahui cara-cara untuk membina konsep kendiri
          yang positif agar dapat meningkatkan semangat diri.








      A   Format dan Bentuk Soalan

      1.  Calon akan diberikan satu atau dua petikan. Bagi satu petikan, panjangnya lebih   Kesalahan
         kurang 11 hingga 12 ayat. Bagi dua petikan pula, setiap satu petikan terdiri lima   Bahasa
         hingga lapan ayat.
      2.  Petikan boleh terdiri daripada karangan biasa dan dialog.           INFO 14
      3.  Calon diminta untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang meliputi kesalahan tatabahasa, kesalahan
         ejaan, dan kesalahan istilah.
      4.  Dalam arahan soalan sudah dijelaskan tentang bilangan kesalahan bahasa tersebut sama ada 11 atau 13
         kesalahan. Calon haruslah mencari kesemua kesalahan bahasa tersebut.
      5.  Setiap satu kesalahan diperuntukkan 1 markah yang menampilkan markah keseluruhan sama ada 11
         atau 13 markah bergantung pada arahan soalan.
      6.  Oleh sebab bahagian ini memperuntukkan markah yang tinggi, calon haruslah meningkatkan
         kemahiran dalam penguasaan tatabahasa, ejaan, dan istilah.

      B   Strategi Menjawab Soalan Penyuntingan
      1.  Baca arahan soalan dengan teliti.
      2.  Kemudian, baca petikan yang diberikan dengan teliti supaya calon dapat mengenal pasti kesalahan
         bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut.
      3.  Garisi setiap kesalahan tersebut dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

       108
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40