Page 46 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 46
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 2
Peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih rendah, iaitu pada kadar 40
peratus berbanding dengan 60 peratus di negara maju. Menurut pakar kecerdasan, aktiviti
bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan di dalam kalangan masyarakat. Aktiviti
bersukan bukan hanya untuk mencari jaguh sukan tetapi adalah untuk membentuk masyarakat
cergas dan produktif. Aktiviti bersukan juga dapat meningkatkan stamina, menguatkan otot,
dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peratusan Masyarakat Malaysia Aktif Bersukan Masih Rendah’,
www.utusanborneo.com.my, 21 Oktober 2019
2. Dalam petikan berikut terdapat tiga belas kesalahan bahasa Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bab 2
Murid masa kini merupakan pemimpin di masa hadapan. Oleh hal yang demikian, murid
perlu mempunyai ilmu yang cukup bagi memikul tugas tersebut. Sistem pendidikan negara
telah digubal untuk mencapai hasrat melahirkan individu yang berketrampilan. Murid yang
menjadi golongan sasar diwajibkan untuk mengikuti persekolahan daripada tahun satu hingga
tingkatan lima.
Situasi pembelajaran masa kini dilihat memberikan tekanan kepada murid untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini lebih jelas dalam peperiksaan
penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan yang
cemerlang dalam semua peperiksaan-peperiksaan itu, khususnya SPM akan membolehkan
mereka melanjutkan pelajaran ke institusi yang lebih baik.
Oleh sebab kejayaan murid-murid dalam peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan,
maka mereka diasak dengan latihan dan kerja sekolah yang banyak oleh ibu bapa dan pihak
sekolah. Gejala tersebut dapat memberikan kesan buruk kepada pemikiran dan kesihatan
mereka seperti berasa bosan, tertekan, dan letih.
Selain daripada waktu pembelajaran biasa di sekolah, murid-murid juga perlu mengikuti
kelas tambahan di waktu petang, malam, hujung minggu, dan pada cuti penggal persekolahan.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mengharapkan kecemerlangan maksima, anak mereka
dihantar ke pusat tusyien yang kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di mana sahaja.
Jadual pembelajaran yang ketat menyebabkan murid-murid tiada masa untuk
beristirehat. Perkara yang lebih buruk lagi ialah setengah sekolah menggunakan waktu mata
pelajaran yang tidak diuji dalam peperiksaan seperti pendidikan jasmani untuk mengajar
mata pelajaran lain. Waktu senggang di rumah pula lebih banyak dihabiskan oleh murid
untuk melihat televisyen. Tekanan untuk memperolehi kecemerlangan akademik telah
menyebabkan murid mengabaikan pengisian rohani yang menjadi panduan untuk mereka
menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru mestilah memberikan didikan, kasih sayang, dan
perhatian sebaik-baiknya kepada murid-murid sehingga mereka mencapai potensi sebenar
dalam kehidupan harian. Murid-murid tidak harus dibiarkan bersendirian dalam menghadapi
masalah.
119

