Page 47 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 47

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa






      A  Format dan Bentuk Soalan
      1.  Calon akan diberikan satu petikan bahasa Melayu Klasik yang panjangnya   Bahasa Melayu
         lebih kurang lima hingga enam baris ayat. Calon diminta supaya          Klasik kepada
         menukarkan petikan tersebut kepada bahasa Melayu standard.              Bahasa Melayu
                                                                          VIDEO 8  Standard
      2.  Aspek penukaran melibatkan aspek perubahan perkataan dan perubahan
         ayat.

      3.  Markah yang diperuntukkan pada bahagian ini ialah enam markah.

      B   Strategi Menjawab Soalan
      1.   Baca arahan soalan dengan teliti.
 Bab     2
      2.   Selepas itu, baca petikan dan garisi perkataan dan ayat yang akan ditukarkan kepada bahasa Melayu
         standard.
      3.   Calon haruslah mengelakkan penggunaan kata bahasa klasik dan lenggok bahasa ayat klasik.
      4.   Calon juga haruslah memastikan maksud petikan kekal walaupun calon menukarkan perkataan dan
         ayat dalam petikan tersebut.
    Contoh Soalan dan Jawapan


       Soalan     Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut
                 semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

            Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
      orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,
      segala orang kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan.
      Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini
      menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian
      fiil tuan?”

      Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,  Dewan Bahasa dan
      Pustaka


      Jawapan



            Pada suatu hari, Tun Perak duduk di tanah bersama dengan banyak orang. Seorang
      bentara yang bergelar Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua penduduk
      Kelang ini menghadap Duli Yang Dipertuan untuk mengadukan hal mereka kepada baginda.
      Menurut mereka, penduduk daerah lain yang datang menghadap baginda ialah orang lelaki sahaja
      sedangkan bagi penduduk Kelang, Tun Perak membawa golongan perempuan bersama-sama
      untuk menghadap  baginda sekali? Mengapakah tuan bertindak begitu?”






       120
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52