Page 11 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 11
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Ke Arah Kecemerlangan
1. Soalan tentang Sistem dan Aplikasi Bahasa dikemukakan dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
2. Soalan dalam bahagian ini terdiri daripada lima soalan, iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan,
menukarkan bahasa prosa klasik kepada bahasa Melayu standard, dan peribahasa. Kelima-lima soalan
itu wajib dijawab.
3. Sebanyak 35 markah diperuntukkan bagi Kertas 2 Bahagian A ini mengikut pecahan seperti yang
berikut:
(a) Soalan morfologi – 8 markah
(b) Soalan sintaksis – 6 markah
(c) Soalan penyuntingan – 11 markah
(d) Soalan menukarkan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard – 6 markah
Bab 2
(e) Soalan peribahasa – 4 markah
Fokus
Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan
A Format dan Bentuk Soalan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan,
1. Calon akan diberikan satu petikan yang dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang
tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan
panjangnya lebih kurang lapan hingga sembilan perkataan dalam suatu bahasa.
ayat.
2. Calon diminta untuk mengenal pasti perkataan yang dinyatakan dalam soalan daripada petikan
tersebut, sama ada kata majmuk, kata ganda, kata terbitan, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, kata
hubung, kata nama, dan sebagainya.
3. Dalam peperiksaan, ada dua bentuk soalan yang boleh dikemukakan,
4. Bentuk soalan yang pertama ialah calon diminta supaya menyenaraikan dua perkataan yang berbeza
jenis kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata nama terbitan dan kata hubung yang
terdapat dalam petikan tersebut.
Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
dua kata hubung.
5. Selepas itu, calon diminta untuk menulis empat ayat berdasarkan perkataan-perkataan tersebut.
Contoh: Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
6. Bentuk soalan yang kedua ialah calon diminta supaya menyenaraikan tiga perkataan yang sama
golongan kata. Misalnya, calon diminta supaya menyenaraikan kata majmuk yang terdapat dalam
petikan tersebut.
Contoh: Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk.
80
02 Focus SPM BM.indd 80 12/01/2022 2:39 PM

