Page 15 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 15
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Kata bilangan
(i) 36
Ayat: Sebanyak 36 orang penduduk kampung itu telah menghadiri mesyuarat persatuan
penduduk untuk membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup mereka.
(ii) beberapa
Ayat: Beberapa orang pemimpin masyarakat telah melawat mangsa kebakaran di taman
perumahan itu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Membina Ayat daripada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
2. Kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
3. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama
sebagai predikat dalam ayat.
Bab 2
Contoh ayat : Abang saya gemar menonton filem-filem luar negara. (Kata kerja “menonton”
mesti disertai dengan objek, iaitu “filem-filem” supaya maksud ayat ini lengkap)
4. Kata kerja tak transitif pula ialah kata kerja yang sempurna maksudnya, yang boleh berdiri dengan
sendiri tanpa memerlukan objek.
Contoh ayat: Tukang kebun itu sedang berehat di bawah sebatang pohon ketapang. (kata kerja
“berehat” jelas menunjukkan perbuatan tukang kebun itu tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya)
5. Terdapat beberapa bentuk kata kerja tak transitif:
(a) kata kerja tak transitif tanpa imbuhan (makan, mandi, tidur, rehat)
(b) kata kerja tak transitif awalan beR- (berenang, bersukan, bermain, bersembang)
(c) kata kerja tak transitif awalan meN- (mengalir, menangis, menyanyi, menderu)
(d) kata kerja tak transitif awalan teR- (termenung, tersedar, terjatuh, terbuka)
(c) kata kerja tak transitif beR-…-an (bersalaman, bertentangan, berpelukan, bersebelahan)
6. Kata kerja transitif pula terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:
(a) berawalan me- (melukis, mengecat, menggoreng, mengecut)
(b) berapitan me-…-kan (mendekatkan, menjauhkan, menjualkan, mengesahkan)
(c) berapitan me-…-i (mengingati, mencintai, mendekati, melalui) Kata
(d) berawalan rangkap memper- (memperperoleh, memperbaik, memperbanyak) Kerja
(e) berapitan memper-…-kan (mempermainkan, memperlakukan, memperdebatkan) INFO 12
(f) berapitan memper-…-i (memperingati, memperkebuni, mempersenjatai)
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua
kata kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
84
02 Focus SPM BM.indd 84 12/01/2022 2:39 PM

