Page 16 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 16
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aktiviti belajar merupakan suatu amanah. Setiap murid wajib belajar dengan bersungguh-
sungguh. Mereka juga wajib mendengar nasihat guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana,
murid yang cemerlang bakal menjadi pekerja cemerlang. Orang yang cemerlang pasti disayangi,
dimuliakan, dihormati, dan disanjungi oleh orang lain. Sebaliknya, murid-murid yang bersikap
malas dan tidak berusaha untuk mencapai sesuatu akan kecundang. Dengan itu, setiap murid
wajib bersikap peka akan perancangan hidup seharian. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan rasa
kecewa pada kemudian hari.
Jawapan
Kata kerja transitif
(i) mendengar
Ayat: Semasa di dalam kelas, Ahmad mendengar kata-kata gurunya dengan teliti agar dia Bab 2
tidak ketinggalan tentang perkara penting yang disampaikan oleh gurunya.
(ii) bersikap
Ayat: pekerja yang baik akan sentiasa bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa
menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Kata kerja tak transitif
(i) belajar
Ayat: Murid-murid itu belajar tentang pembentukan kata daripada Cikgu Mahani.
(ii) bertujuan
Ayat: Kerajaan memberikan bantuan komputer dan Internet percuma kepada murid-
murid yang kurang berkemampuan ini bertujuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam
pembelajaran secara maya.
Membina Ayat daripada Kata Kerja Pasif dan Kata Adjektif
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata kerja pasif dan kata adjektif.
2. Kata kerja pasif ialah hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
3. Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu:
(a) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua – Kata kerja pasif diri pertama dan kedua terbentuk
apabila kata kerja pasif didahului oleh kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya,
kutulis, kausenangi, anda jelaskan, kita masukkan, kami perindah, saya percayai, dan sebagainya.
Kata (b) Kata kerja pasif diri ketiga – Kata kerja pasif diri ketiga pula terbentuk apabila kata kerja pasif
Kerja bergabung dengan imbuhan di-, diper-, diper-...-i, di-...-kan, di-...-i, dan diper-...-kan. Contohnya,
disapu, disenangi, dijelaskan, dipercayai, diperbesar, diperdengarkan, dan sebagainya. Pelaku kata
kerja dalam ayat berkenaan mestilah terdiri daripada orang ketiga,
(c) Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter- – Kata kerja pasif dengan awalan ber- dan ter-
terbentuk apabila kata kerja pasif menerima awalan ber- dan ter-. Contohnya, berjahit, bersapu,
tertelan, terambil dan sebagainya. Kata kerja pasif berawalan ber- bersifat tak transitif dan terdiri
daripada dua jenis, iaitu berpelengkap dan tanpa pelengkap.
Contoh ayat:
(a) Kecederaan di kepalanya beransur baik. (berpelengkap)
(b) Encik Mohan sedang bercukur. (tanpa pelengkap)
85
02 Focus SPM BM.indd 85 12/01/2022 2:39 PM

