Page 12 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 12

Bahasa Malaysia
                                                         Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
             7.   Selepas itu, calon diminta supaya membina ayat daripada setiap kata majmuk yang dipilih itu.

                 Contoh:  Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
                 perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
                 tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu
                 sebagai peribahasa atau nama khas.


                        Fokus

            KATA TUGAS
            Kata atau frasa yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebaris ayat. Kata atau frasa ini berfungsi untuk mendukung
            tugas penghubung, penerang, penguat, pembantu, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugasnya, kata tugas boleh
            digolongkan sebagai yang berikut:
             1.  Kata Sendi        5.  Kata Bantu       9.  Kata Seru         13. Kata Pangkal Ayat
             2.  Kata Hubung       6.  Kata Penguat     10. Kata Nafi         14. Kata Adverba          Bab     2
             3.  Kata Bilangan     7.  Kata Seru        11.  Kata Arah        15. Kata Pembenda
             4.  Kata Pemeri       8.  Kata Perintah    12. Kata Penegas      16. Kata Penekan



             B   Strategi Menjawab Soalan Membina Ayat
             1.   Baca arahan soalan dengan teliti supaya calon dapat mengenal pasti tugasan dengan jelas.
             2.   Selepas itu, baca petikan dan garisi perkataan yang termasuk dalam arahan soalan. Calon hanya perlu
               menyenaraikan dua perkataan bagi setiap golongan kata.
             3.   Calon haruslah memastikan perkataan yang dipilih menepati arahan soalan. Jika calon tidak dapat
               menyenaraikan perkataan dengan betul, calon bukan sahaja tidak mendapat markah pada bahagian
               senarai kata, malahan tidak mendapat markah pada bahagian ayat yang akan ditulis kelak.
             4.   Dalam pembinaan ayat, ayat yang dibina haruslah menunjukkan calon memahami maksud perkataan
               tersebut. Calon juga tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
               perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
             5.   Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat serta mempunyai
               kata penerang yang sesuai untuk menjelaskan ayat itu lagi.
             6.   Pastikan bahawa ayat yang dibina tidak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa.

               Membina Ayat daripada Kata Nama Khas dan Kata Nama Terbitan
             1.   Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata nama khas dan kata nama terbitan yang
               terdapat dalam petikan.
             2.   Bagi kata nama khas, terdapat dua katgori kata nama khas, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
               khas tidak hidup. Contohnya:
               (a)   kata nama khas hidup – Perdana Menteri, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, dan
                   Muhammad Ali
               (b)   kata nama khas tidak hidup –  Malaysia, Proton X-70, Negeri Perak, Pusat Pendidikan Ilham
                   Bestari, Universiti Malaya, dan Kementerian Pendidikan Malaysia
             3.   Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan.  Kata
               (a)   Pengimbuhan awalan – penaja, pemimpin, pelukis, pelengkap                Terbitan
               (b)   Pengimbuhan akhiran – lukisan, jaminan, telahan, masakan
               (c)   Pengimbuhan apitan – kejayaan, perdamaian, persekitaran, ketenteraman  VIDEO 6
               (d)   Pengimbuhan sisipan – selerak, serabut, cemerlang, gemilang



                                                                                                81






   02 Focus SPM BM.indd   81                                                                     12/01/2022   2:39 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17