Page 13 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 13
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama khas dan dua
Soalan
kata nama terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa ribut petir
dan hujan lebat serta angin kencang akan berlaku di semua kawasan di seluruh negara sehingga
pukul 9.00 malam ini. MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan untuk penduduk
seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor, dan Melaka. Turut dijangka
mengalami cuaca yang serupa adalah di beberapa kawasan di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kulim,
dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, dan Rompin
di Pahang
Bab 2
Jawapan
Kata nama khas
(i) Jabatan Meteorologi Malaysia
Ayat: Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di universiti, Encik Hisham bertugas di
Jabatan Meteorologi Malaysia kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap bidang
tersebut.
(ii) Kuala Lumpur
Ayat: Para peloncong asing gemar berkunjung ke Kuala Lumpur kerana mempunyai pelbagai
destinasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Kuala Lumpur, dan
pusat-pusat beli-belah yang terkenal.
Kata nama terbitan
(i) amaran
Ayat : Jabatan Laut telah memberikan amaran kepada para nelayan agar tidak turun ke laut
dalam minggu ini kerana ombak kuat dan angin kencang akan bertiup di kawasan laut di
Pantai Barat.
(ii) kawasan
Ayat: Daerah ini telah diletakkan dalam zon merah jangkitan COVID-19 kerana jumlah
penduduknya yang didapati positif virus penyakit tersebut agak tinggi.
Membina Ayat daripada Kata Ganda dan Kata Bilangan
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata ganda dan kata bilangan.
2. Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan. Dalam proses penggandaan ini, kata dasar boleh
mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Selain itu, kata dasar boleh juga digandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu
3. Kata bilangan pula ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama dan hadir
sebelum frasa nama tersebut. Contohnya:
(a) kata bilangan tentu – satu, lima, sepuluh Kata
(b) kata bilangan tak tentu – beberapa, segala, semua Bilangan
(c) kata bilangan pecahan – suku, separuh, tiga suku
INFO 11
82
02 Focus SPM BM.indd 82 12/01/2022 2:39 PM

