Page 23 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 23
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Tip Pemeriksa untuk Skor A
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
Peranan, perhatian, dan kepekaan ibu bapa sangat penting untuk membesarkan anak-anak
yang kuat dari segi emosi, daya tahan, dan daya saing. Selain itu, kanak-kanak yang memiliki
semangat yang kental boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa juga situasi yang sukar. Kanak-
kanak itu mampu bangun semula daripada kegagalan atau pengalaman yang menyakitkan. Bagi
kanak-kanak yang lemah, keadaan sebaliknya akan berlaku dan keadaan ini boleh menjejaskan
Bab 2
kesihatan mental mereka.
Contoh Jawapan Murid
(i) anak-anak
Ayat: Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang agar mereka
membesar dengan sempurna.
(ii) daya saing
Ayat: Para usahawan perlulah memiliki daya saing yang tinggi agar dapat mengembangkan
perniagaan mereka ke tahap global.
(iii) bangun semula
Ayat: Usahawan itu bangun semula daripada kegagalannya apabila mengusahakan satu
perniagaan baharu berasaskan jualan produk dalam talian.
Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
Murid tidak menyenaraikan kata majmuk dengan tepat. Perkataan anak-anak bukanlah kata
majmuk, sebaliknya merupakan kata ganda.
Murid dapat mengemukakan kata majmuk yang tepat iaitu ‘daya saing’.
Murid tidak dapat membezakan frasa kerja dengan kata majmuk. ‘Bangun semula’ ialah frasa
kerja.
Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.
Ayat murid betul dan diberikan markah kerana pemilihan kata majmuk yang betul dan ayat yang
dibina juga gramatis.
Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
tepat.
92
02 Focus SPM BM.indd 92 12/01/2022 2:39 PM

