Page 19 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 19
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Jawapan
Kata hubung
(i) apabila
Ayat: Mereka segera membaiki kerosakan pada kenderaan itu apabila lampu isyarat pada
papan pemuka menunjukkan ada masalah pada bahagian enjin kenderaan tersebut.
(ii) serta
Ayat: Semangat yang tinggi, daya tahan dan keberanian, serta kegigihan merupakan elemen
positif yang perlu ada pada diri setiap peserta sukan lasak.
Kata bantu
(i) sudah
Ayat: Semua peserta kem motivasi itu sudah bersiap sedia untuk pergi ke tapak perkhemahan
yang terletak di Kuala Woh, Tapah.
Bab 2
(ii) akan
Ayat: Mereka akan menyiapkan kerja itu dengan segera walaupun tarikh akhir penyerahan
projek tersebut masih lama lagi.
Membina Ayat daripada Kata Ganda
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda
dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan
dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada
siang hari, makanan tersebut boleh diambil semasa makan malam. Sebaik-baiknya sediakan dua
hidangan sayur dan satu daripadanya ialah sayur berdaun hijau. Elakkan daripada makan terlalu
hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
Dipetik dan diubah suai daripada https://www.sinarharian.com.my/article/27431/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/
tip-makanan-sihat
Jawapan
Kata ganda
(i) jenis-jenis
Ayat: Kanak-kanak sering didedahkan dengan jenis-jenis makanan yang kadangkala boleh
mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya.
(ii) sebaik-baiknya
Ayat: Sebaik-baiknya kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang terproses,
bergoreng, berminyak, dan berasaskan santan.
(iii) sayur-sayuran
Ayat: Pengambilan sayur-sayuran adalah penting untuk diet yang seimbang serta boleh
mengurangkan risiko penyakit kronik tertentu.
88
02 Focus SPM BM.indd 88 12/01/2022 2:39 PM

