Page 18 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 18
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Membina Ayat daripada Kata Hubung dan Kata Bantu
1. Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata hubung dan kata bantu.
2. Kata hubung ialah kata yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih
daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
3. Kata hubung terbahagi kepada:
(a) Kata hubung gabungan – Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf
sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
gabungan.
(i) Contoh kata hubung gabungan ialah lalu, dan, tetapi, atau, bahkan, lantas, maka, serta, dan
sambil.
(ii) Contoh penggunaan dalam ayat: Malik membuka almari lalu mengambil bajunya.
(b) Kata hubung pancangan – Jenis kata hubung yang menghubungkan klausa-klausa tak setara Bab 2
atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
(i) kata hubung pancangan relatif – kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah “yang”.
(ii) kata hubung pancangan komplemen, – berfungsi untuk menghubungkan satu klausa yang
menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.
(iii) kata hubung pancangan keterangan. – berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; “kerana, hingga,
kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila”.
4. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau ragam yang
berkaitan dengan sesuatu kata kerja.
5. Kata bantu terbahagi kepda dua jenis, iaitu: Kata
(a) Kata bantu aspek – telah, sudah, sedang, masih, dan akan Bantu
(b) Kata bantu ragam – mahu, hendak, enggan, boleh, dan mesti
INFO 13
Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan kata bantu.
Soalan Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Ketagihan permainan Internet sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja
akan menghabiskan masa yang banyak di hadapan komputer dan juga bersosial secara maya
dengan alat peranti masing-masing. Masa dan tempat serta keadaan tidak lagi menjadi isu
apabila ada akses Internet, maka ketagihan terhadap permainan akan dilakukan supaya dapat
melepaskan ketagihan. Lama-kelamaan, hal tersebyt akan menjadi rantaian kehidupan dan
ketagihan terhadap permainan atas talian tidak dapat dielakkan. Masa berharga hanya dibiarkan
berlalu demi memenuhi ketagihan. Hal ini ialah impak yang amat buruk kepada remaja. Pada
waktu malam, mereka menghabiskan masa dengan melayari Internet. Natijahnya, dalam jangka
panjang, remaja akan berhadapan dengan masalah kesihatan.
87
02 Focus SPM BM.indd 87 12/01/2022 2:39 PM

