Page 24 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 24

Bahasa Malaysia
                                                         Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
              Contoh          Jawapan Pemeriksa


            (i)   Ibu bapa
                 Ayat: Ibu bapa haruslah memenuhi keperluan anak-anak sama ada dari segi keperluan harian,
                 kasih sayang, dan pendidikan mereka.

            (ii)   daya tahan
                 Ayat: Pelari maraton itu berjaya menamatkan lariannya dalam tempoh masa kurang daripada
                 dua jam kerana mempunyai daya tahan yang tinggi.

            (iii)   daya saing
                 Ayat: Para atlet haruslah memiliki daya saing yang tinggi terutamanya ketika bertanding pada
                 peringkat antarabangsa.

                                                                                                        Bab     2
                                                                     1


             1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian,
               anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
               menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
               menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                       Kejayaan luar biasa seorang pelajar di Kolej Mara Banting menjadi bualan masyarakat
                 apabila beliau bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
                 (SPM) yang diumumkan pada minggu lepas, malah turut cemerlang dalam ujian semester
                 di kolejnya. Muhammad Ihsan Thaqif  Bahter Nasir  yang berusia 18 tahun memperoleh
                 keputusan cemerlang 9A+ dalam SPM dan Anugerah Kepujian dalam peperiksaan semester
                 yang lalu di kolej tersebut. Beliau seorang yang rajin, peramah, dan suka akan aktiviti lasak.
                 Selain itu, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan juga.

                 Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bukan Calang-calang Cemerlang, Remaja ini Dianggap Datang dari
                 Planet Lain’ oleh Nadia Saiful Bahari, M Star, 20 Mac 2018


             2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda dikehendaki
               untuk  membina  satu ayat anda sendiri  daripada  setiap  perkataan  yang  dipilih  untuk  menunjukkan
               anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
               imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                       Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat cahaya mata mereka. Tidak
                 keterlaluan  jika dikatakan  bahawa  ibu bapa mahu anak-anak  patuh akan  suruhan  Tuhan,
                 sayang serta hormat akan mereka. Dengan itu, ibu bapa perlu  mendidik dan membimbing
                 anak-anak mereka menjadi insan yang bertanggungjawab, berbudi bahasa, dan memiliki jati
                 diri. Begitu pun, menjadi seorang ibu bapa bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang
                 harus ditempuhi. Selain bertanggungjawab terhadap keperluan asas, keperibadian anak perlu
                 dibentuk sebaik-baiknya, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

                 Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bagaimanakah Personaliti Ibu Bapa Membentuk Peribadi Anak’,
                 www.gaya360.com, 31 Oktober  2019





                                                                                                93






   02 Focus SPM BM.indd   93                                                                     12/01/2022   2:39 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29