Page 29 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 29

Bahasa Malaysia
             Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
                                  Ke Arah Kecemerlangan




          A   Format dan Bentuk Soalan
          1.  Rumusan dikemukakan sebagai Soalan 9 dalam Kertas 1103/2 SPM mulai tahun 2021.
          2.  Rumusan hanya terdiri daripada satu soalan dan wajib dijawab.
          3.  Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan bahagian ini.
          4.  Jawapan rumusan boleh ditulis dalam satu perenggan atau empat perenggan.
          5.  Calon dikehendaki untuk membuat rumusan berdasarkan bahan-bahan sumber yang diberikan.
          6.   Panjang rumusan yang perlu dibuat hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
          7.   Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau fokus rumusan.
          8.   Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan.
          9.   Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber yang berbeza seperti petikan,
             bahan grafik, puisi, carta, gambar, dan sebagainya.
         10.   Contoh arahan soalan:

               Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan
               yang panjangnya  tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan
               ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.


          B   Strategi Menjawab Soalan Rumusan

          Langkah 1     Menganalisis Bahan-bahan Sumber

        Calon mestilah membaca bahan-bahan sumber yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti fokus
        soalan dengan tepat.


          Langkah 2     Menulis Pendahuluan

          1.  Baca dan fahami bahan-bahan sumber yang diberikan dengan teliti.
          2.  Kenal pasti persoalan utama yang hendak disampaikan dalam bahan-bahan sumber.
          3.  Bina pendahuluan dengan satu ayat yang dapat menyatakan kandungan bahan-bahan sumber tersebut
             secara keseluruhan.
   Bab     4
          4.  Elakkan daripada menulis pendahuluan daripada isi tersurat atau isi tersirat.
          5.  Tulis pendahuluan dalam satu ayat sahaja.
          6.  Contoh penulisan pendahuluan:

               Petikan ini membincangkan kesan-kesan jerebu kepada kesihatan dan langkah-langkah untuk
               mengatasi masalah jerebu.



          Langkah 3     Menulis Isi Tersurat

          1.  Kenal pasti isi tersurat yang dinyatakan secara langsung dalam bahan sumber.
          2.  Sekurang-kurangnya empat isi tersurat perlu dicari daripada petikan.
          3.  Tulislah isi-isi tersebut dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat, dan padat agar calon dapat mengawal
             jumlah perkataan supaya tidak lebih daripada had yang ditetapkan.



           262





   004a Focus SPM BM.indd   262                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34