Page 34 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 34
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
Murid tidak dapat memberikan maksud kehendak bahan rangsangan pertama, iaitu kekangan-
kekangan dalam bidang sukan.
Murid juga tidak dapat memahami perkara yang dinyatakan dalam bahan rangsangan kedua.
Murid menyalin semua baris ayat tanpa memisahkan isi dengan huraian.
Isi yang dikemukakan oleh murid kurang tepat kerana membuang bahagian penting isi.
Isi yang dikemukakan oleh murid bukanlah isi kerana ayat merupakan huraian kepada isi.
Murid mengemukakan isi tersurat yang tepat dan mendapat markah.
Murid mengemukakan contoh, bukannya isi tersurat.
Murid mengemukakan isi tersurat yang tepat dan mendapat markah.
9 Murid tidak mengemukakan isi tersirat yang sesuai dengan kehendak soalan.
Murid tidak mengemukakan isi tersirat yang sesuai dengan kehendak soalan.
Murid menulis rumusan lebih daripada jumlah yang dibenarkan.
Pemarkahan
Pendahuluan → 0
Isi tersurat → 5
Isi tersirat → 0
Penutup → 1
Bahasa → 4
———————––––
Jumlah → 10
———————––––
Contoh Jawapan Pemeriksa
Rumusan membincangkan halangan-halangan yang menyekat kemajuan sukan di negara kita dan
peruntukan kerajaan untuk memajukannya.
Antara faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah kemelut dalam pengurusan Bab 4
sukan akibat sikap tidak profesional pegawai. Selain itu, terdapat sesetengah pengurusan sukan
yang mencari keuntungan peribadi dan gagal menjaga kebajikan atlet serta mengambil kesempatan
terhadap mereka. Tambahan pula, bidang sukan negara kekurangan tenaga pelapis yang mampu
menggantikan atlet senior. Di samping itu, banyak berlaku ketirisan dalam penyaluran peruntukan
kepada atlet. Malahan, ada atlet yang terlibat dengan rasuah.
Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan ratusan juta ringgit untuk memajukan sukan
negara agar dapat setanding dengan negara yang lain. Tumpuan kerajaan adalah kepada Sukan
Olimpik dan pembinaan prasarana sukan untuk semua peringkat.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani kekangan-
kekangan ini demi meningkatkan mutu sukan negara.
[120 patah perkataan]
267
004a Focus SPM BM.indd 267 12/01/2022 2:41 PM

