Page 30 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 30

Bahasa Malaysia
                                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
             4.  Pastikan bahawa  terdapat  kesinambungan  antara satu isi dengan  isi  yang lain.  Gunakan  penanda
               wacana atau kata hubung yang sesuai untuk menyambung ayat.
             5.  Elakkan daripada memasukkan huraian dan contoh secara langsung daripada petikan dalam isi
               tersurat.

                 Kajian menunjukkan bahawa betapa jerebu meninggalkan kesan yang negatif terhadap
                 kesihatan manusia. Pendedahan yang terlalu lama dan secara langsung kepada jerebu serta
                 udara yang tercemar dapat mengakibatkan penyakit kanser, lelah, konjunktivitis, batuk, dan
                 sakit mata.

             6.  Contoh penulisan berdasarkan isi tersurat (berdasarkan contoh di atas):
                 Jerebu meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan manusia kerana dapat mengakibatkan
                 penyakit.


            Langkah 4     Menulis Isi Tersirat


             1.  Isi tersirat tidak dinyatakan secara langsung dalam bahan-bahan sumber.
             2.  Isi-isi tersirat boleh diperoleh daripada bahan kedua, iaitu bahan grafik, puisi, atau poster yang diberikan.
             3.  Bilangan isi tersirat yang ditulis boleh lebih atau kurang daripada isi tersurat. Namun begitu, pastikan
               bahawa jumlah isi tersurat dan isi tersirat ialah lapan isi.



            Langkah 5     Menulis Penutup

             1.  Penutup rumusan seharusnya berupa pendapat, cadangan, atau ulasan tentang keseluruhan bahan-
               bahan sumber yang diberikan.
             2.  Elakkan daripada menyalin sebahagian daripada perenggan terakhir petikan yang diberikan sebagai
               penutup rumusan.
             3.  Calon boleh menggunakan kata-kata seperti kesimpulannya, oleh itu, atau dengan itu sebagai penanda
               penutup rumusan.
             4.  Penutup rumusan harus dibuat dalam satu ayat sahaja.
             5.  Contoh penulisan penutup:
                     Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak dalam menangani masalah jerebu hingga     Bab     4
                 peringkat akar umbi amat diperlukan agar kesihatan terjamin manakala kualiti udara yang
                 dihidu bebas daripada pencemaran.


             C   Ciri-ciri Rumusan yang Baik
             1.  Isi menepati kehendak soalan. Calon dinasihati supaya menulis isi yang lebih asalkan tidak melebihi
               had jumlah perkataan yang ditentukan. Yang berikut merupakan cadangan jumlah isi dalam sesuatu
               rumusan.
                          Isi            Calon 1     Calon 2      Calon 3      Calon 4     Calon 5
                   Pendahuluan              1           1            1            1           1
                   Isi Tersurat             6           5            4            3           2
                   Isi Tersirat             2           3            4            5           6
                   Penutup                  1           1            1            1           1
                   Jumlah                  10           10          10           10           10


                                                                                                263





   004a Focus SPM BM.indd   263                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35