Page 32 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 32
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Tip Pemeriksa untuk Skor A
Contoh Soalan dan Jawapan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Kehambaran atlet negara semasa Sukan SEA pada tahun 2019 menimbulkan pelbagai persoalan
tentang mutu pembangunan sukan negara. Berdasarkan banyaknya wang yang dibelanjakan dalam
bidang sukan, mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang maju. Ada pihak yang mendakwa
bahawa kemerosotan ini berpunca daripada kemelut dalam pengurusan sukan negara. Kemelut
ini timbul kerana sikap tidak profesional pegawai yang mencampuri urusan jurulatih untuk
menentukan pemilihan pemain. Malahan, sikap pengurusan sukan yang menjadikan persatuan
sukan sebagai platform untuk mencari keuntungan peribadi juga menjadi faktor kemerosotan
sukan negara. Selain itu, pengurusan sukan gagal menjaga kebajikan para atlet mereka, mengambil
kesempatan atas kemenangan atlet dan melewat-lewatkan penyerahan ganjaran. Natijahnya,
banyak atlet yang berjauh hati dan mengambil keputusan untuk bersara awal.
Di samping itu, kemajuan sukan negara juga terbantut kerana bidang sukan negara kekurangan
tenaga pelapis yang boleh menggantikan atlet senior. Persaraan dua jagoan sukan negara seperti
Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David merupakan tamparan hebat kepada bidang
sukan kerana sehingga kini, kita masih tidak nampak atlet yang mampu menggantikan mereka.
Masalah ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa kurang memberikan dorongan kepada anak-
anak mereka agar bergiat aktif dalam bidang sukan. Mereka berpendapat bahawa kecemerlangan
akademik lebih utama kerana lebih menjamin masa hadapan.
Kemajuan sukan negara juga tersekat kerana banyak berlaku ketirisan dalam penyaluran
peruntukan kepada atlet. Ketirisan ini berlaku akibat sikap tidak amanah pegawai sukan. Oleh
itu, atlet tidak dapat menyerlahkan potensi mereka yang sebenar. Malahan, ada dalam kalangan
atlet terlibat dengan rasuah demi kepentingan diri mereka. Pengharaman beberapa orang pemain Bab 4
badminton negara menjadi bukti amalan rasuah sebenarnya membelenggu atlet negara kita.
Atlet yang sebegini sudah tentu tidak dapat berjuang dengan bermati-matian untuk negara.
Tambahan pula, moral atlet kita berada pada tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah
apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana, mereka kurang keyakinan
di samping kurang pendedahan dan pengetahuan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sukan Malaysia Pamer Prestasi Terburuk Sepanjang 2019’,
Buletin Asia, Disember 2019
265
004a Focus SPM BM.indd 265 12/01/2022 2:41 PM

