Page 35 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 35

Bahasa Malaysia
             Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
                                                                   1


        Baca petikan  di  bawah  ini  dengan  teliti  dan  kemudian  buat satu  rumusan  yang  panjangnya  tidak
        melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
        mengubah maksud asal petikan dan bahan.
        Bahan 1 – Petikan


          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan wahana penting untuk membantu
          pencapaian  matlamat  Pembangunan  Pendidikan  2015  –  2025.  Kemajuan  pesat  TMK  harus
          dimanfaatkan para guru untuk memastikan pendidikan negara kita dapat bergerak seiring dengan
          negara-negara maju yang lain.
                Terdapat beberapa tujuan teknologi maklumat dan komunikasi dibangunkan dalam bidang
          pendidikan di negara kita. Antara tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan pembangunan
          infrastruktur TMK di setiap sekolah di negara kita. Hal ini penting agar semua sekolah memperoleh
          infrastruktur  TMK  yang  lengkap  bagi membolehkan  pembelajaran  secara  dalam  talian  dapat
          dijayakan. Di samping itu, pembangunan dalam bidang ini juga ditingkatkan dengan memperluas
          akses agar murid-murid memperoleh literasi komputer seawal yang mungkin.

                Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan di negara ini juga
          bertujuan untuk menekankan pengintegrasian bidang ini agar pengetahuan murid-murid menjadi
          lebih luas. Selain itu, pembangunan ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
          maklumat dalam pengurusan pendidikan agar kerenah birokrasi dapat dikurangkan sekali gus
          mencekapkan pengurusan. Tambahan pula, pembangunan ini juga bertujuan untuk meningkatkan
          penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi maklumat dan komunikasi agar bidang ini terus
          diperkasa dalam sistem pendidikan negara.

                Pembangunan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  dalam  pendidikan  di  negara  ini
          berhasrat  untuk  meningkatkan  pengetahuan  dan  kemahiran  TMK  dalam  kalangan guru.  Hal
          ini amat penting agar guru dapat merangsang murid agar menggunakan TMK sebagai sumber
          pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru juga berubah menjadi fasilitator dan moderator.
          Malahan, pembangunan ini juga bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara institusi
          pendidikan dengan masyarakat. Kerjasama ini penting agar dapat  membantu memperkembang
          TMK dalam pendidikan. Dalam hal ini, sarana ibu bapa yang mungkin mempunyai pengetahuan
   Bab     4
          yang luas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi dapat dimanfaatkan untuk memajukan
          TMK di sekolah demi kebaikan murid-murid.
                                             Dipetik dan diubah suai daripada ‘‘ICT dalam Pendidikan’
                                                                  oleh Hamsiah binti Mohd Dahalan


                                                                                  Kepentingan
                                                                                  Teknologi
                                                                                  Maklumat kepada
                                                                           INFO 17  Remaja







           268





   004a Focus SPM BM.indd   268                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40