Page 30 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 30

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Penulisan

               Langkah 3 : Membina Isi (IHCOP)


               Isi 1          Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya.

               Huraian        Hal ini demikian kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi
                              menghasilkan animasi yang terkini.

               Contoh         Sebagai  contoh,  animasi  watak  sebagai  hero  seperti  Boboiboy  dan  Ejen  Ali
                              berjaya digambarkan dengan begitu menarik dan kreatif melalui teknologi
                              multimedia.

               Penegasan      Oleh itu, jelaslah bahawa kreativiti mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan
                              dari semasa ke semasa apabila menceburi bidang ini.
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
               Jawapan             Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya.
               (Gabungkan     Hal ini demikian kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi
               ayat)          menghasilkan animasi yang terkini. Sebagai contoh, animasi watak hero
                              seperti Boboiboy dan Ejen Ali berjaya digambarkan dengan begitu menarik
                              dan kreatif melalui teknologi multimedia. Oleh itu, jelaslah bahawa kreativiti
                              mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila
                              menceburi bidang ini.

               Kira           60 patah perkataan



               Isi 2          Cabaran dalam bidang animasi pula ialah memenuhi tarikh akhir setiap projek
                              persis peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak
                              bergelora.

               Huraian        Bagi  mereka  yang  meminati  bidang  ini,  mereka  seharusnya  bersedia  untuk
                              memenuhi tarikh akhir mengikut kehendak pelanggan.

               Contoh         Selain itu, mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam
                              menghasilkan karya animasi yang berkualiti.


               Penegasan      Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan sesuatu karya animasi itu tidak harus
                              menghentikan langkah menjadi seorang karyawan kreatif.

               Jawapan             Cabaran  dalam bidang  animasi  pula ialah  memenuhi  tarikh akhir setiap
               (Gabungkan     projek persis peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana
               ayat)          yang tidak bergelora. Bagi mereka yang meminati bidang ini, mereka seharusnya
                              bersedia untuk memenuhi tarikh akhir mengikut kehendak pelanggan. Selain itu,
                              mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam menghasilkan
                              karya animasi yang berkualiti.  Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan
                              sesuatu karya animasi itu tidak harus menghentikan langkah menjadi seorang
                              karyawan kreatif.

               Kira           60 patah perkataan



                                                          73                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35