Page 68 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 68

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Pemahaman

                    Cerita  bonda  suatu  hari  tatkala  saya  asyik  membelek-belek  kitab-kitab  lama  bertulisan
               Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
               mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum
               mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme
               dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-
               anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani
               mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula
               terhakis di atas tanah sendiri.
                           Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang
                                                            dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia


             Bahan 2
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
               SUNDARANI:      Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
               CIKGU DAHARI:  Tentu  sekali.  Program  Latihan  Khidmat  Negara  ataupun  nama  ringkasnya
                               PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
                               persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
                               diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik
                               dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
                               integrasi  nasional  dan  membentuk  perwatakan  positif  menerusi  nilai-nilai
                               murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut
                               mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia
               AH TIAU:        Apakah objektifnya, cikgu?
               CIKGU DAHARI:  Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik
                               dalam  kalangan  generasi  muda  atau  remaja  Malaysia.  Kedua,  memupuk
                               semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga,
                               membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

                Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi
                                            Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia


             Bahan 3


                                                  SAYANGI NEGARA
                 Jinak sungguh burung terkukur,            Sungguh tenang air di kali,
                     Duduk bertenggek di pokok sena;           Suasananya indah menenangkan jiwa;
                 Negara kita aman dan makmur,              Pupuklah jati diri semat di hati,
                     Satu bangsa satu negara.                  Negara disayangi negara sejahtera.

                 Batang kelapa dibuat titi,
                     Untuk seberang ke tanah sana;
                 Murnikan jiwa sucikanlah hati,
                     Menjaga keamanan tanggungjawab kita.





                                                         129                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73