Page 65 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 65
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Bahan 2
Siri keganasan terhadap kanak-kanak di negara kita dewasa ini seolah-olah tiada
penyudahnya. Isu keganasan terhadap ibu bapa juga semakin bertambah bilangannya setiap hari.
Pada masa yang sama, tidak dinafikan banyak kes suami memukul isteri yang akhirnya membawa
perceraian dan robohnya institusi kekeluargaan. Masalah sosial ini berpunca daripada hilangnya
nilai kemanusiaan dalam diri manusia. Masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan
sehingga lalai dan melupakan nilai kasih sayang sesebuah keluarga. Hal ini mencerminkan tahap
dan kedudukan sebenar institusi kekeluargaan di negara kita yang begitu rapuh dan pincang.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Membentuk Keluarga Bahagia Demi Kesejahteraan
Remaja’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, 2016
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud eksploitasi.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Perbuatan mengambil kesempatan terhadap seseorang atau sesuatu secara tidak adil untuk
kepentingan atau keuntungan sendiri.
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca keganasan keluarga yang sering berlaku
hari ini.
– Individu yang terdedah dengan keganasan sejak kecil
– Perkahwinan pada usia muda
– Status lelaki sebagai ketua keluarga
– Penyalahgunaan bahan terlarang seperti arak dan dadah
– Hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri manusia
– Masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan
(iii) Keganasan keluarga akan memberikan kesan kepada mangsa terutama kepada golongan
wanita dan kanak-kanak.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?.
– Hilang keyakinan diri
– Mengalami kecederaan fizikal sekiranya didera secara fizikal
– Mengalami kecederaan mental akibat tekanan perasaan atau trauma
– Maut akibat didera atau mangsa bertindak untuk bunuh diri
– Mangsa cenderung untuk berubah sikap yang negatif
(iv) Kumpulan anda diberikan tugasan oleh guru untuk mencadangkan langkah-langkah mengatasi
keganasan keluarga.
Cadangkan langkah-langkah tersebut. KBAT Mengaplikasi
121 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

