Page 66 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 66
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
– Memberikan nafkah zahir dan batin
– Menyediakan keperluan asas untuk keluarga mengikut kemampuan
– Menjaga hubungan kekeluargaan dengan baik, bergaul mesra dan penuh kasih sayang
– Sentiasa sabar dan menahan diri daripada melakukan kekerasan di samping berbincang
untuk mencari penyelesaian
Praktis 2
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Pencemaran di darat boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan jika dibandingkan
dengan pencemaran di laut yang sukar dilihat dan tiada sempadan. Kesan buruknya hanya
dapat dilihat selepas dua atau tiga dekad akan datang.
Masalah utama pencemaran laut ialah pembuangan sampah seperti plastik, pembuangan
sisa industri, dan tumpahan minyak. Tindakan ini mengganggu ekosistem di laut sekali gus
membunuh habitat dan hidupan marin. Malahan, semua bahan buangan tersebut membantutkan
kehidupan marin untuk membiak dan membesar.
Kini, kadar pembuangan sampah berasaskan plastik semakin meningkat dan meruncing.
Saban tahun, puluhan ribu hidupan marin mati atau cacat akibat pembuangan sampah yang
berasaskan plastik. Kajian mendapati bahawa kira-kira 30 000 ekor hidupan laut mati akibat
terperangkap atau termakan sampah yang berasaskan plastik. Hal ini demikian kerana, hidupan
marin seperti burung laut, penyu, dan ikan paus melihat bahan plastik seakan-akan bahan
makanan. Hakikatnya, bahan plastik itu membunuh hidupan laut.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pencemaran Laut Kian Kritikal”,
Jurnal Akademi Laut Malaysia, 8 Jun 2011
Bahan 2
Saban tahun, kira-kira 13 juta tan plastik dibuang ke dalam laut. Hakikatnya, negara di seluruh
dunia menyumbang kepada pencemaran plastik yang akhirnya mencemarkan laut dan
memberikan masalah kepada hidupan marin. Negara kita berada pada kedudukan kelapan
sebagai penyumbang kepada pencemaran plastik di laut.
Kerajaan mestilah bersungguh-sungguh dalam mendidik masyarakat tentang bahaya
pencemaran plastik di laut bagi menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, pencemaran
plastik di laut membunuh habitat dan hidupan marin. Di samping itu, keindahan laut juga kian
tercemar dan boleh menjejaskan industri pelancongan negara.
Antara program yang boleh dilaksanakan di sekolah, termasuklah melalui kurikulum dan
aktiviti kokurikulum. Guru haruslah memberikan penerangan tentang isu alam sekitar termasuk
pencemaran plastik kepada murid-murid. Pihak swasta juga boleh membantu sekolah dalam
mempromosikan usaha menangani pencemaran plastik di laut.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pencemaran Plastik Ancam Hidupan Laut”,
oleh Profesor Dr. Ahmad Ismail, Berita Harian Online, 5 Jun 2018
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 122

