Page 70 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 70
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Novel
Kuiz Novel
Tingkatan 4
Fokus Topik
1. Dalam peperiksaan, soalan novel dikemukakan sebagai Soalan 8.
2. Dua pecahan soalan diberikan, iaitu:
(a) Soalan (i)
• Soalan berdasarkan petikan novel daripada mana-mana zon daripada tingkatan 4 dan tingkatan 5.
• Jawapan bagi soalan ini boleh didapati secara langsung daripada petikan.
• Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 4 markah.
(b) Soalan (ii)
• Soalan berbentuk pemikiran kritis berdasarkan novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang dikaji mengikut zon.
• Murid dikehendaki supaya menjawab soalan berdasarkan mana-mana novel tersebut.
• Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 6 markah.
3. Murid hendaklah menulis jawapan menggunakan ayat sendiri. Ayat-ayat yang dibina hendaklah gramatis serta mematuhi
tatabahasa yang betul.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Praktis 1
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Selain buah, kulit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat
gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit pada bahagian yang digigit. Vitamin
B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada system saraf kita.
Ternyata selain coklat, pisang juga dapat memberikan impak yang sama terhadap otak
dan menghasilkan ketenangan. Hal ini berlaku kerana vitamin B6 bertindak balas dengan
kandungan gula dalam darah. Pisang juga memberikan kesan pada mood anda. Sudah
diketahui pisang baik untuk sistem pencernaan juga baik untuk ibu-ibu hamil. Di Thailand
misalnya, ibu-ibu yang hamil gemar memakan pisang bagi mengekalkan suhu sejuk anak
yang bakal dilahirkan.
Dipetik daripada novel ‘Jendela Menghadap Jalan’ karya Ruhaini Matdarin,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah khasiat pisang?
Kulit pisang dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Vitamin B
yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada sistem saraf. Pisang
dapat memberikan impak kepada otak dan menghasilkan ketenangan kerana vitamin B6
bertindak balas dengan kandungan gula dalam darah. Pisang juga memberikan kesan pada
mood kita. Selain itu, pisang baik untuk sistem pencernaan. Pisang dapat membantu ibu-ibu
hamil mengekalkan suhu sejuk anak yang bakal dilahirkan.
137 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

