Page 74 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 74

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Rumusan
             Bahan 2 – Sajak



                                                  PENGGUNA BIJAK

                Dengarlah kawan, dengarlah sayang           Ingatlah adik, ingatlah abang
                Bijaklah membeli, usah terbeban             Biar berjimat, elak berhutang
                Jadilah pengguna yang berhemat              Suka menabung jadikan amalan
                Jangan mudah terpengaruh dengan iklan       Hati-hati membeli barang
                Jualan murah jualan penghabisan             Fikir dahulu sebelum bertindak
                Pastinya menjerat anda sekalian.            Bandingkan harga setiap barang
                                                            Jangan lupa, tarikh luput perlu dilihat
                                                            Agar bijak membeli menang memakai.
             Isi-isi tersurat Bahan 2: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
             Pendahuluan:  Rumusan membincangkan langkah-langkah membendung kenaikan harga

             barang di negara kita dan cara-cara menjadi pengguna bijak.

             Isi-isi tersurat Bahan 1:
             Kaedah-kaedah membendung kenaikan harga barang

             (a)   Membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

             (b)   Menyusun strategi perbelanjaan harian semula.
             (c)   Mengawal perbelanjaan dan menguruskan wang secara berkesan.

             (d)   Mengamalkan perbelanjaan berhemat.
             (e)   Mengubah corak perbelanjaan harian keluarga.

             (f)   Melakukan pemantauan terhadap perbelanjaan.

             (g)   Menyediakan senarai barangan keperluan.
             (h)   Mengelakkan belian secara kredit.



             Cara-cara menjadi pengguna bijak

             (a)   Fikir sebelum membuat keputusan

             (b)   Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
             (c)   Membuat perbandingan harga

             (d)   Memeriksa tarikh luput barangan

             Kesimpulan:  Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan untuk mengawal harga
             barang demi kesejahteraan hidup bersama.




                                                         145                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79