Page 75 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 75

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Rumusan

           Praktis     2

           Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
           panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
           sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
           Bahan 1 – Petikan


             Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di dalam
             kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang mencurah-curah
             atau asap rokok itu sebagai ilusi yang membawa imaginasi jauh tanpa sempadan? Berdasarkan
             pemerhatian, didapati remaja sudah berani hendak merokok dan membahayakan diri sendiri
             disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diri mereka diterima dalam kalangan rakan
             sebaya, mereka haruslah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh rakan lain. Malah, ada juga
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
             dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan
             mereka.

                  Banyak remaja mengetahui bahaya merokok. Mereka sedar tentang larangan merokok
             dan hukuman yang akan diterima jika tertangkap di kawasan sekolah. Walau bagaimanapun,
             mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut. Mereka tidak takut malah
             sengaja sebagai tanda protes terhadap pihak sekolah dan ibu bapa. Selain itu, tanggapan
             bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang sudah dewasa telah mendorong mereka
             untuk merokok. Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga
             terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana, ada anggota keluarga
             terdekat yang merokok seperti ayah, abang, dan kaum keluarga yang lain turut mendorong
             mereka untuk merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap merokok bukan perbuatan
             yang salah.
                  Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini. Tingkah
             laku ini membuktikan mereka sentiasa peka akan aliran gaya terkini. Kajian menunjukkan
             sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan termasuklah
             bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja
             yang  mahu  mencuba,  tunjuk  pandai,  dan  mahu  bebas  daripada  kongkongan.  Natijahnya,
             kesan jangka panjang kepada perokok adalah dari segi kesihatan terutamanya penyakit kanser
             dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Malahan, gigi akan berwarna kuning berkarat,
             dan badan serta nafas berbau akibat banyak merokok. Pembaziran wang juga berlaku malah
             mereka terdedah dengan bahaya dadah.

                    Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Cuba-cuba Merokok”, Dewan Siswa, Jun 2007

















           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              146
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80