Page 6 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 6
Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB
Selamat Datang ke Pusat
Rawatan PHUB
Krinngg!
Bunyi siren bergema di dalam bilik berpetak
itu. Begitu kuat sehingga mengejutkan semua
orang yang berada di dalamnya. Sepuluh orang,
lelaki dan perempuan, duduk dengan kepala
terlentok di kerusi yang disusun dalam bentuk
bulatan dan menghadap ke bahagian tengah.
Kaki setiap seorang terikat di kaki hadapan
kerusi masing-masing sementara tangan terikat
di bahagian hadapan. Muka mereka pula ditutup
dengan topeng putih, dengan bahagian bibir
merah menyala. Topeng Noh ! Di tengah-tengah
1
dahi masing-masing bernombor, dari nombor 1
1 Noh atau No merupakan watak utama dalam drama muzikal
Jepun klasik yang dipertontonkan sejak abad ke-14. Noh
terhasil daripada perkataan mai (tarian), hayashi (muzik),
dan utai (seni kata atau lirik). Pelakon watak ini mengenakan
topeng pelbagai rupa dan menari lemah gemalai.
1

