Page 7 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 7
Phub
sampai 10. Nombor yang menjadi identiti mereka
di dalam bilik berpetak itu.
Lelaki bertopeng bernombor 3 merupakan
orang pertama terjaga. Menyedari bahawa dia
berada di tempat yang tidak sepatutnya, dia
meronta-ronta dan akhirnya berjaya meleraikan
ikatannya, ikatan yang seolah-olah sengaja diikat
longgar untuk membolehkannya melepaskan diri.
Sebaik sahaja bebas, dia terus mencapai topeng
yang menutup mukanya untuk menanggalkan
topeng itu tetapi gagal. Topeng itu melekat kuat.
Lelaki itu memandang sekeliling. Semua
sepertinya, seolah-olah mereka sudah ditetapkan
untuk sedar pada masa yang sama. Semua kelihatan
panik. Mereka meronta-ronta dan akhirnya berjaya
melepaskan ikatan masing-masing. Tetapi seperti
lelaki bertopeng bernombor 3, mereka juga gagal
menanggalkan topeng mereka.
Seorang lelaki berbadan besar dengan topeng
bernombor 8 bingkas bangun dalam keadaan
berang lalu merentap topengnya.
“Celaka betul! Siapa punya kerja ni?”
tengkingnya.
Jawapan muncul. Skrin digital di dalam bilik
itu terpasang. Ikon sebuah laman sosial berwarna
biru putih dengan huruf ‘f’, terpapar. Selepas
seketika, beribu gambar pengguna laman sosial
2

