Page 8 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 8

Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB


             ditayangkan pada skrin. Kemudian…


                 ‘Tahun  2016. Pemilik  akaun laman  sosial kian
             bertambah, terutamanya di laman sosial terkemuka,
             facebook. Manusia semakin ketagih dengan aplikasi
             atas talian itu. Semua orang tunduk melihat skrin
             telefon bimbit untuk mengetahui  perkembangan
             dunia.  Mereka  memilih  untuk  bersembang  dalam
             dunia  maya, dan  menonton video  yang  rata-rata
             memaparkan kekejaman di seluruh pelosok dunia.
             Jari-jemari tidak berhenti-henti menekan skrin
             telefon pintar, memuji dan menuliskan kata-kata
             manis dalam facebook tanpa mengendahkan orang
             sekeliling dalam dunia realiti.
                 Masalah kejiwaan dalam kalangan pengguna
             laman sosial semakin menjadi-jadi. Hasil suatu
             kajian di Amerika Syarikat, didapati bahawa manusia
             yang banyak meluangkan masa dalam laman sosial
             terutamanya facebook, berkemungkinan besar akan
             mengalami masalah kemurungan atau dikenali
             sebagai  Sindrom  Depresi  Facebook.  72%  remaja
             Amerika mungkin mengalami masalah tersebut.
             Rangkaian ini menghubungkan manusia dari seluruh
             dunia dengan berkongsi gambar, video dan komen.
             Laman sosial ini juga membuka ruang untuk manusia
             ‘menipu’, dan boleh menyebabkan remaja semakin
             lalai.


                                   3
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13