Page 9 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 9
Phub
Hasil kajian itu juga mendapati bahawa
remaja yang dipulaukan di laman sosial lebih
membimbangkan berbanding dengan remaja
yang dipulaukan dalam dunia realiti. Mereka
akan dilanda masalah kemurungan melampau
serta gangguan emosi sehingga berkemungkinan
akan bertindak nekad dan membunuh diri. Hasil
kajian juga mendapati bahawa laman facebook
menghasilkan ‘artificial reality’ kerana penulis hanya
akan menulis semua yang positif tentang dirinya,
dan menyembunyikan kelemahan diri. Mereka akan
berlakon sempurna. Hasilnya, rakan akan memuji
dan hanya melihat kebahagiaan yang ada pada diri
seseorang. Walaupun memberi komen memuji-muji,
orang itu akan membandingkan dirinya dengan orang
yang dipujinya itu. Mereka melihat kesempurnaan
orang itu dan membandingkannya dengan yang ada
pada diri sendiri. Banyak yang merasakan diri mereka
tidak sempurna dan tidak bahagia seperti orang lain.
Sejak telefon pintar dicipta, kegilaan terhadap
laman sosial semakin menjadi-jadi. Tidak kira di
mana, di dalam dan di luar rumah, semua orang
dilihat tunduk memandang skrin telefon bimbit.
Di dalam rumah, ibu bapa dan ahli keluarga tidak
dihiraukan. Di dalam kereta, rakan yang ada bersama-
sama tidak dipedulikan. Semua orang tertumpu
pada skrin telefon bimbit. Orang bawahan menekan
4

