Page 10 - NOVEL SERAM - PHUB
P. 10
Selamat Datang ke Pusat Rawatan PHUB
skrin telefon walaupun ketika sedang bermesyuarat
dengan ketua mereka. Penuntut menghadap skrin
telefon ketika pensyarah sedang mengajar. Tidak
kurang juga ketika makan ataupun menonton
wayang bersama-sama rakan, telefon bimbit juga
yang menjadi tumpuan untuk berkongsi apa-
apa aktiviti yang dilakukan. Hal ini kerap berlaku
sehingga menjadi suatu tren. Keadaan ini dipanggil
Phubbing.
Apa itu Phubbing?
Phubbing merupakan perkataan yang baru
didaftarkan pada Mei 2012 oleh pakar bahasa dari
Australia. Phubbing berasal daripada perkataan
Phone + Snubbing = Phubbing, bermaksud perlakuan
dingin dan tidak mempedulikan orang sekeliling
kerana perhatian tertumpu pada skrin telefon
bimbit. Orang yang sedang Phub akan tunduk dan
menumpukan perhatian pada telefon bimbit sahaja,
tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Perlakuan ini dianggap biadap dan tidak
wajar dilakukan. Hal ini terjadi di mana-mana
sahaja sehingga masyarakat pada hari ini digelar
‘masyarakat menunduk’. Manusia semakin kurang
bercakap sesama mereka sehingga timbul persoalan,
apa sebenarnya yang sedang berlaku? Adakah
disebabkan peredaran masa, atau manusia itu sendiri
yang berubah?
5

