Page 20 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Geografi
P. 20
Geografi Penggal 1 STPM Bab 4 Tenaga
2 Tenaga geoterma
(a) Pembentukan geiser, pancutan air panas, dan lain-lain yang terhasil
daripada letusan gunung berapi dapat menjana tenaga geoterma.
(b) Telaga digerudi sehingga sampai ke sumber tenaga, iaitu air bawah
tanah yang panas.
(c) Wap dari air panas akan disalurkan untuk memusingkan turbin
yang boleh menghasilkan tenaga elektrik.
BAB
4
Foto 4.1 Pancutan air panas Foto 4.2 Geiser
(d) Pada tahun 1999, terdapat kira-kira 204 kilang geoterma di Amerika
Syarikat. Reykjavik, iaitu ibu negara Iceland mendapat tenaga
elektrik daripada tenaga geoterma.
(e) Reykjavik digelar “Teluk Wap” (Bay of Steam) kerana mempunyai
banyak kolam air panas yang mengeluarkan wap.
(f) Sumber tenaga yang dihasilkan daripada kolam tenaga geoterma
bersuhu lebih daripada 200°C digunakan untuk menghasilkan
tenaga elektrik.
(g) Pada masa ini, terdapat 26 kawasan geoterma bersuhu tinggi, 250
bersuhu rendah, dan kira-kira 6 000 kolam air panas.
3 Tenaga suria
(a) Telah diketahui umum matahari telah membekalkan tenaga kepada
bumi selama berbilion-bilion tahun lalu hinggalah sekarang. Tenaga
suria yang diterima bumi ialah tenaga radiasi yang memancar ke
bumi dalam bentuk gelombang pendek.
(b) Tenaga suria merupakan sumber tenaga yang menggerakkan sistem-
sistem yang ada di bumi. Sebenarnya tenaga suria boleh ditukarkan
menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.
(c) Tenaga suria ditukar kepada tenaga elektrik dengan dua cara:
(i) Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel-sel suria’ yang dipasang di
bumbung rumah untuk memerangkap cahaya matahari dan
menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik.
33
04A GEOG PRA-U P1.indd 33 3/27/18 10:25 AM

