Page 19 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 19

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                     Hobi berkebun sayur daripada aktiviti membuat batas, merumput, menyiram, dan sebagainya
                pula memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh kerana badan mengeluarkan peluh. Di samping
                itu, seseorang yang berkebun tidak perlu membeli sayur di pasar lagi apabila sayur yang ditanam
                mengeluarkan hasil. Hal ini tentu sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan. Tambahan pula, sayur
                yang ditanam bebas daripada racun serangga.
         Bab     1
                     Bagi mereka yang minat bersukan, banyak terdapat pilihan permainan. Walau bagaimanapun,
                jenis permainan yang dipilih biasanya bergantung pada kesesuaian tempat, kemudahan padang,
                dan masa lapang mereka.  Bersukan merupakan cara yang paling sesuai untuk melupakan segala
                masalah kerana fikiran hanya tertumpu kepada aktiviti yang dilakukan. Hobi tersebut juga dapat
                menambahkan kemesraan dengan rakan atau ahli keluarga yang turut bersukan bersama-sama.
                     Kaum wanita pula mempunyai hobi mereka sendiri. Ada yang gemar menanam pokok bunga,
                memasak, dan menjahit. Hobi tersebut bukan sahaja dapat mengisi masa yang terluang, malahan
                dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan, misalnya mengambil upah menjahit pakaian
                atau menjual kuih-muih.
                     Ada  pula  yang  gemar  melakukan  aktiviti  lasak  seperti  berkayak,  mendaki  gunung,  dan
                sebagainya. Kegiatan sebegitu memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta persediaan yang rapi
                sebelum aktiviti dilakukan.
                     Kesimpulannya, jika kita pandai merancang masa dan aktiviti yang dijalankan, maka kita
                akan memperoleh faedah daripada hobi tersebut.



                                                                        1



              Gambar/ Gambar Foto  2015   2016   2017   2018    2019
                1.  Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada negara.
                   Huraikan pendapat anda tentang  kelebihan mengamalkan  slogan “Malaysia Boleh”.  Panjangnya
                   huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

                                                  MALAYSIA BOLEH!








                                                                            •    Pembakar
                                                                                 semangat

                                                                            •    Gigih berusaha
                                                                            •    Meningkatkan
                                                                                 imej negara











                 16






         01 Focus SPM BM.indd   16                                                                      12/6/19   4:38 PM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24