Page 16 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 16

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                  Amalan menabung wang bermaksud menyimpan sebahagian daripada wang yang ada sama ada di
                  dalam tabung atau dengan membuka akaun simpanan di institusi kewangan yang terdapat di negara
                  kita.                                                                                       Bab     1
                       Langkah menggalakkan anak-anak, terutama yang masih belajar menanamkan tabiat suka
                  menabung wang merupakan suatu usaha yang amat baik dan wajar dilakukan untuk masa depan
                  mereka sendiri. Usaha ini patut dipupuk sejak mereka kecil dan diteruskan dari masa ke masa.
                  Dengan adanya wang tabungan tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat meringankan beban
                  ibu bapa ketika ingin membayar yuran persekolahan atau yuran pengajian di institusi pengajian
                  tinggi. Terpulanglah kepada mereka untuk memilih akaun yang bersesuaian dengan kehendak
                  masing-masing. Cara ini sekali gus dapat melatih anak-anak sentiasa berhemat apabila memiliki
                  wang dengan jumlah yang banyak, membentuk tabiat berjimat cermat, dan tidak boros ketika
                  berbelanja.
                       Selain itu, wang tabungan dapat digunakan ketika menghadapi kecemasan. Dalam kehidupan
                  sehari-harian, kita tidak mampu menduga perkara yang akan berlaku. Sekiranya kita tidak
                  mempunyai tabungan, maka kita terpaksa bergolok-bergadai.
                       Anak-anak yang masih belajar seharusnya mengatur belanjawan masing-masing dengan cara
                  menyimpan sebahagian daripada wang saku dalam simpanan tetap di institusi kewangan pada
                  setiap bulan. Sehubungan itu, institusi kewangan patut memperkenalkan suatu skim insentif kepada
                  murid yang banyak menabung wang.
                       Kesimpulannya, dalam hal ini, jumlah tabungan tidak penting. Perkara yang lebih utama ialah
                  kesungguhan dan disiplin menyimpan wang yang patut disemai dalam jiwa mereka dengan harapan
                  mereka mampu menguruskan wang dengan cekap setelah bekerja kelak.



                      5                           Karangan Berdasarkan Iklan

                Lihat iklan di bawah ini dengan teliti.
                Huraikan  pendapat  anda  tentang  senario murid bekerja semasa cuti sekolah.  Panjangnya huraian
                hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
                                   SENARIO MURID BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH



                                              RESTORAN AKILA

                                          MEMERLUKAN PEKERJA SAMBILAN
                                       Peluang menambahkan pendapatan dan pengalaman
                                      LEPASAN SEKOLAH DIGALAKKAN MEMOHON
                                               KELAYAKAN
                                                   •  Warganegara Malaysia                   Mengisi masa
                                                   •  Berumur 17 tahun ke atas                 terluang
                                                   •  Fasih bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
                                                   •  Peramah dan suka bergaul
                               Sesiapa yang berminat, sila datang untuk temu duga di alamat yang berikut.  Mendapat wang
                                                                                                   saku
                                                            Restoran Akila
                                                           343, Jalan Nagasari Utama,
                                                            70400 Seremban,
                                                                                               Menambah
                                                            Negeri Sembilan.                  pengalaman


                                                                                                      13






         01 Focus SPM BM.indd   13                                                                      12/6/19   4:38 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21