Page 17 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 17

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                Musim cuti persekolahan merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan murid. Bagi
                mereka, cuti ialah masa untuk berehat dan menyenangkan diri tanpa sebarang tugasan sekolah dan
                peperiksaan.
                     Bagi  sesetengah  murid,  mereka  menggunakan  waktu  cuti  dengan  melancong  ke  destinasi
                pilihan masing-masing. Mereka biasanya pergi dengan keluarga atau kawan-kawan. Namun begitu,
         Bab     1
                ada pula sebilangan kecil daripada mereka yang memilih untuk bekerja secara sambilan.
                     Terdapat beberapa kebaikan daripada senario tersebut. Pertamanya, mereka dapat mengisi
                masa yang terluang dengan cara yang berfaedah. Daripada mereka membuang masa dengan kegiatan
                yang tidak produktif seperti melepak dan sebagainya, lebih baik mereka bekerja.
                     Bekerja semasa cuti sekolah juga dapat memberikan wang saku untuk mereka. Pendapatan
                yang diperoleh dapat digunakan untuk meringankan perbelanjaan keluarga, terutama bagi mereka
                yang berasal daripada golongan yang susah. Wang itu juga dapat digunakan untuk menampung
                perbelanjaan sekiranya mereka meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi seperti membayar
                yuran, membeli buku, dan sebagainya.
                     Namun begitu, terdapat keburukan daripada senario murid bekerja semasa cuti persekolahan.
                Antaranya ialah minat mereka untuk belajar kian luntur. Hal ini demikian kerana, mereka
                beranggapan  bahawa mereka sudah mampu  berdikari dan tidak perlu bergantung pada  ibu bapa
                lagi. Mereka telah memperoleh sumber kewangan sendiri untuk menampung kehidupan mereka.
                     Kesimpulannya, bekerja semasa cuti persekolahan adalah tidak salah. Walau bagaimanapun,
                pelajaran perlu diutamakan kerana tanpa pelajaran, masa depan seseorang gelap-gelita.



                    6                         Karangan Berdasarkan Petikan

              Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
              Huraikan pendapat anda tentang masalah murid masa kini. Panjangnya huraian hendaklah antara
              200 hingga 250 patah perkataan.

                                               Masalah murid masa kini

                 Murid masa kini sering menghadapi dilema dalam hidup mereka kerana terlalu diberikan penekanan
                 agar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka sering dibebankan
                 dengan tugasan dan kerja rumah yang banyak dan diasak dengan kelas tambahan. Di samping
                 itu, ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen bagi memastikan anak mereka
                 menguasai setiap mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan. Masa untuk murid bermain
                 dan merehatkan fikiran semakin kurang. Masa untuk pengisian rohani juga terabai.


                Murid masa kini merupakan pemimpin pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, murid perlu
                mempunyai ilmu yang cukup bagi memikul tugas tersebut. Sistem pendidikan negara telah digubal
                untuk mencapai hasrat melahirkan individu yang berketerampilan. Murid yang menjadi golongan
                sasar diwajibkan untuk mengikuti persekolahan dari tahun satu hingga tingkatan lima.
                      Situasi pembelajaran masa kini dilihat memberikan tekanan kepada murid untuk mendapat
                keputusan  yang  cemerlang  dalam  peperiksaan.  Hal  ini  lebih  jelas  dalam  peperiksaan  penting
                seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran
                Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan yang cemerlang
                dalam semua peperiksaan itu, khususnya SPM akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran
                ke institusi yang lebih baik.



                 14






         01 Focus SPM BM.indd   14                                                                      12/6/19   4:38 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22