Page 18 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 18
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Oleh sebab kejayaan murid-murid dalam peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan, maka
mereka diasak dengan latihan dan kerja sekolah yang banyak oleh ibu bapa dan pihak sekolah.
Gejala tersebut dapat memberikan kesan buruk kepada pemikiran dan kesihatan mereka seperti
berasa bosan, tertekan, dan letih. Bab 1
Selain waktu pembelajaran biasa di sekolah, murid-murid juga perlu mengikuti kelas
tambahan pada waktu petang, malam, hujung minggu, dan pada cuti penggal persekolahan.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mengharapkan kecemerlangan maksimum, anak mereka
dihantar ke pusat tuisyen yang kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di mana-mana sahaja.
Jadual pembelajaran yang ketat menyebabkan murid-murid tiada masa untuk beristirahat.
Perkara yang lebih buruk lagi ialah sesetengah sekolah menggunakan waktu mata pelajaran yang
tidak diuji dalam peperiksaan seperti Pendidikan Jasmani untuk mengajar mata pelajaran lain.
Waktu senggang di rumah pula lebih banyak dihabiskan oleh murid untuk menonton televisyen.
Tekanan untuk memperoleh kecemerlangan akademik telah menyebabkan murid mengabaikan
pengisian rohani yang menjadi panduan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru mestilah memberikan didikan, kasih sayang, dan perhatian
sebaik-baiknya kepada murid sehingga mereka mencapai potensi sebenar dalam kehidupan harian.
Murid-murid tidak harus dibiarkan bersendirian dalam menghadapi masalah.
7 Karangan Berdasarkan Catatan
Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang hobi. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.
HOBI
27 DISEMBER 20XX
9.30 pagi
Cuti sekolah sudah sebulan berlalu. Aku berasa amat bosan tinggal di rumah tanpa berbuat
apa-apa. Untuk menghilangkan rasa jemu, aku ke rumah Zamri.
10.00 pagi
Ketika aku sampai, Zamri tiada di rumah. Menurut ibunya, Zamri berada di belakang
rumah mereka. Rupa-rupanya Zamri sedang berkebun. Kata Zamri, dia menanam pokok-
pokok daripada jenis tumbuhan herba yang sesuai dijadikan ubat tradisional. Pelik aku
mendengarnya, tetapi hal itu benar. Zamri memberitahuku bahawa aktiviti itu telah lama
dilakukannya dan merupakan hobinya apabila ada masa terluang.
Hobi ialah aktiviti yang gemar dilakukan oleh seseorang pada masa lapang. Terdapat pelbagai hobi
yang sesuai dilakukan mengikut minat seseorang. Ada individu yang hobinya memancing ikan, ada
pula yang gemar membaca buku, menonton televisyen, berkebun, dan sebagainya.
Setiap hobi mempunyai kelebihan sendiri. Hobi membaca umpamanya, bukan sahaja dapat
mengisi masa lapang, bahkan juga menambahkan ilmu pengetahuan seseorang. Kebanyakan orang
yang gemar membaca memenuhi masa senggang mereka dengan membaca surat khabar, majalah,
atau buku cerita. Golongan akademik pula lebih suka membaca bahan bacaan ilmiah yang dapat
mencambah minda mereka.
15
01 Focus SPM BM.indd 15 12/6/19 4:38 PM

