Page 14 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 14
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
3 Karangan Berdasarkan Ilustrasi Kartun
Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang masalah-masalah daripada kedatangan pekerja asing di Malaysia. Bab 1
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PEKERJA ASING DI MALAYSIA
Semakin banyak kes jenayah yang dilakukan oleh
mereka kini. Mereka turut membawa wang kita ke
negara mereka. Bayangkan apabila jumlah mereka
meningkat lagi.
Lebih 1.2 juta pekerja asing di negara
kita sekarang. Mereka banyak mendirikan
setinggan.
Sejarah kedatangan pekerja asing di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British apabila
mereka membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Mereka terus berada di negara ini
hinggalah kemerdekaan dicapai. Mereka seterusnya diiktiraf sebagai warganegara. Pembangunan
yang pesat di negara ini telah membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Bidang
perindustrian dan perkilangan merupakan sektor yang memerlukan jumlah pekerja yang banyak.
Kesukaran untuk mendapatkan pekerja tempatan menyebabkan para majikan beralih kepada
pekerja asing. Pada masa ini, jumlah pekerja asing yang mendaftar secara sah di Malaysia melebihi
dua juta orang. Jumlah ini dijangka akan meningkat kepada lima juta orang pada masa depan.
Bilangan pekerja asing yang ramai ini telah menimbulkan pelbagai masalah sampingan.
Masalah pertama ialah penyediaan tempat tinggal. Sesetengah majikan memperuntukkan tempat
tinggal kepada pekerja mereka manakala sesetengahnya pula tidak berbuat demikian. Situasi ini
menambahkan masalah setinggan kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di pinggir bandar
dan berhampiran dengan tempat kerja. Ada pekerja asing yang mendirikan rumah di tanah rizab
kerajaan seperti yang berlaku di Selangor.
Kehadiran pekerja asing di negara kita ini juga menimbulkan kebimbangan kepada
masyarakat kerana terdapat kes jenayah yang dilakukan oleh mereka. Kes kecurian, pergaduhan,
dan pembunuhan yang disiasat oleh pihak polis turut melibatkan pekerja asing. Jenayah bukan
sahaja membabitkan masyarakat mereka sendiri, malahan penduduk tempatan. Perkara ini dapat
mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Jumlah mereka yang banyak ini juga sukar
dikawal sekiranya berlaku sesuatu perkara buruk seperti mereka melancarkan mogok dan rusuhan
seperti yang pernah berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.
Selain itu, setiap tahun negara kita kerugian lebih daripada RM4 bilion melalui aliran
keluar secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka.
Hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi
negara.
11
01 Focus SPM BM.indd 11 12/6/19 4:38 PM

