Page 39 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 39
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
5. Sastera • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa karya sastera seperti novel
yang diadaptasi dalam bentuk drama atau filem banyak memberikan
manfaat kepada pelbagai pihak.
• Calon dihendaki menjelaskan pernyataan tersebut.
1. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa setiap anak seharusnya
Bab 1
mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
• Calon dikehendaki mengulas pernyataan tersebut.
2. Fakta • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sekolah turut berperanan
dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.
• Calon dikehendaki menghuraikan peranan sekolah dalam pemupukan
amalan tersebut dalam diri murid-murid.
3. Fakta • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sebagai negara yang subur
dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah
negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di
samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.
2017 • Calon dikehendaki menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang
cukup untuk rakyatnya.
4. Rencana • Dinyatakan bahawa calon ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk
“Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa”.
• Calon dikehendaki menulis rencana tersebut selengkapnya.
5. Sastera • Soalan ini bermuatkan petikan gurindam yang menjelaskan bahawa
individu bersifat pemurah mudah memperoleh pertolongan daripada
orang lain.
• Calon dikehendaki menjelaskan kelebihan-kelebihan lain yang diperoleh
individu yang bersifat pemurah.
1. Ceramah • Soalan ini mengandaikan calon sebagai pengerusi kelab dan diminta
untuk menyampaikan ceramah.
• Tajuk ceramah calon ialah “Cara-cara Mengurangkan Risiko Kemalangan
Jalan Raya dalam Kalangan Murid”.
• Calon dikehendaki menulis teks ceramah itu selengkapnya.
2. Fakta • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa remaja kini terdedah kepada
pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa,
dan budaya Barat.
• Calon dikehendaki menghuraikan peranan ahli keluarga dalam membantu
para remaja menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
3. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sikap kurang prihatin terhadap
2016 alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa
pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
• Calon dikehendaki mengulas pernyataan tersebut.
4. Perbincangan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa tahap kesedaran masyarakat
tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti
barah dan demam denggi masih rendah.
• Calon dikehendaki membincangkan pernyataan tersebut.
5. Sastera • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa golongan sasterawan banyak
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara melalui karya yang
dihasilkan, khususnya dalam pemupukan nilai-nilai murni
• Calon dikehendaki memberikan pendapat tentang cara-cara menghargai
sumbangan golongan sasterawan di negara kita.
36
01 Focus SPM BM.indd 36 12/6/19 4:38 PM

