Page 37 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 37

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                   Contoh

                    Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa selain peranan ibu bapa, peranan pihak-pihak
               lain juga penting dalam membentuk akhlak muda-mudi masa kini. Remaja yang mempunyai akhlak
         Bab     1
               yang mulia dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi, prihatin, dan penyayang.


                E   Aspek Bahasa
                1.  Tulislah ayat yang pendek atau sederhana panjang dalam karangan anda.
                2.  Elakkan daripada menulis ayat yang panjang kerana dapat menyebabkan lebih banyak kesalahan
                   tatabahasa seperti struktur ayat dan ejaan. Anda juga akan kehilangan fokus terhadap isu yang
                   dihuraikan.
                3.  Gunakan ayat tautan (kohesi), iaitu perkaitan antara ayat dengan ayat seperti cara ini, langkah ini, oleh
                   itu, dan sebagainya yang akan membawa maksud keseluruhan ayat.
                4.  Gunakan perkataan yang tepat supaya dapat memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu isi yang
                   dihuraikan.
                5.  Gunakan laras bahasa yang betul dalam karangan anda.

                F   Kesalahan dalam Penggunaan Tatabahasa
                (a)  Ejaan
               (b)  Imbuhan – tidak menggunakan imbuhan yang betul dan tidak sesuai
                (c)  Penggunaan kata sendi seperti ke, di, dari, daripada, dan kata sendi yang lain
               (d)  Penggunaan kata istilah
                (e)  Penggunaan bentuk jamak
                (f)  Hukum D-M
               (g)  Ayat yang tergantung dan tidak sempurna
               (h)  Penggunaan  peribahasa  yang  tidak  betul  dan  tidak  kena  pada  tempatnya  serta  tidak  diketahui
                   maksudnya


                G   Kelemahan Murid
                1.  Tidak memenuhi kehendak soalan.
                2.  Penyusunan isi karangan tidak teratur.
                3.  Pemerengganan tidak betul.
                4.  Penjalinan tidak kemas.
                5.  Isi yang sama diulang.
                6.  Banyak kesalahan bahasa. (ejaan, tanda baca, pemilihan kata, dan ayat)

                H   Ciri-ciri Karangan yang Mantap
                1.  Karangan yang mantap harus mempunyai kekuatan yang dapat meyakinkan pembaca.
                2.  Takrif tajuk karangan mestilah tepat dan memenuhi kehendak soalan.
                3.  Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan
                   penutup.


                 34






         01 Focus SPM BM.indd   34                                                                      12/6/19   4:38 PM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42