Page 38 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 38
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
4. Isi disusun mengikut keutamaan. Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan dan isi berikutnya
mestilah mempunyai kaitan yang dapat mengukuhkan karangan tersebut. Jalinan isi hendaklah kemas
dan menarik.
5. Susunan ayat mestilah betul dan mudah difahami. Laras bahasa sesuai dengan tajuk karangan. Bab 1
6. Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya. Elakkan daripada menggunakan perkataan yang
bombastik (istilah-istilah yang hebat) yang anda tidak mengetahui maksud dan penggunaannya.
7. Tiada kesalahan ejaan dan menggunakan penanda wacana yang betul serta tepat.
Zon SPM
Tahun Aspek Karangan Tajuk
1. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ibu bapa memainkan peranan
penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
• Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
2. Perbincangan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sikap segelintir masyarakat
yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih
berlaku di negara kita.
• Calon dihendaki membincangkan langkah-langkah untuk menangani
masalah tersebut.
3. Laporan • Soalan ini menyatakan bahawa calon sebagai setiausaha Kelab Bimbingan
dan Kerjaya yang telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019
2019
di sebuah universiti tempatan.
• Calon dihendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut.
4. Fakta • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa produk-produk makanan keluaran
Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin, dan makanan sejuk
beku berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
• Calon dihendaki menjelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk
tersebut ke peringkat antarabangsa.
5. Peribahasa • Soalan ini bermuatkan peribahasa ‘jauh perjalanan, luas pemandangan,
banyak pengalaman’ yang sering dikaitkan dengan aktiviti pelancongan.
• Calon dihendaki menghuraikan faedah-faedah aktiviti pelancongan.
1. Fakta • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum banyak memberikan faedah kepada murid.
• Calon dihendaki menghuraikan faedah-faedah penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum.
2. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ibu bapa perlu memupuk
sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak
kecil lagi.
• Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
2018
3. Pidato • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ‘Sukan Mengukuhkan
Perpaduan’.
• Calon dihendaki menulis teks pidato itu selengkapnya.
4. Perbincangan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa Malaysia sentiasa menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, sosial, dan ekonomi.
• Calon dihendaki membincangkan kepentingan-kepentingan hubungan baik
tersebut.
35
01 Focus SPM BM.indd 35 12/6/19 4:38 PM

